Henkel melancarkan agenda pertumbuhan



Rangka kerja strategik baharu untuk Pertumbuhan Bermatlamat

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 10 March 2020 - Henkel telah memperkenalkan rangka kerja strategiknya yang baharu untuk masa depan. Unsur-unsur utama rangka kerja ini merupakan portfolio yang cemerlang, kelebihan yang berdaya saing dalam bidang inovasi, kemampanan dan digital serta model pengendalian yang tersedia untuk masa depan, disokong oleh asas yang kukuh dalam bentuk budaya yang kolaboratif dan orang yang diperkasakan.



Carsten Knobel, Ketua Pegawai Eksekutif Henkel


"Di Henkel, kami sedang membina asas yang kukuh untuk masa depan: jenama yang kuat dan teknologi yang inovatif, perniagaan yang menarik dengan banyak kedudukan pasaran utama di seluruh dunia, sebuah pasukan yang amat berdedikasi serta situasi kewangan yang sangat baik dengan keupayaan penghasilan wang tunai yang tinggi," kata Carsten Knobel, Ketua Pegawai Eksekutif Henkel.


Membentuk portfolio yang cemerlang dengan rapi

Pengurusan portfolio yang aktif merupakan unsur yang penting bagi hala tuju masa depan. Henkel telah mengenal pasti jenama dan kategori dengan jumlah jualan melebihi daripada satu bilion euro, terutamanya dalam perniagaan penggunanya, yang daripadanya lebih kurang 50 peratus disasarkan untuk dilepaskan atau dihentikan pada tahun 2021.


Di samping itu, M&A akan kekal sebagai sebahagian penting daripada strategi Henkel. Kriteria utama untuk pemerolehan adalah ketersediaan, kesesuaian strategik dan daya tarikan kewangan bakal sasaran. Henkel akan menggunakan situasi kewangannya yang kukuh untuk berusaha mendapatkan pemerolehan yang memberikan kesan yang ketara. Walaupun Henkel bertujuan untuk mengembangkan penerajuan teknologinya dalam bahagian Teknologi Pelekat melalui pemerolehan, syarikat akan menumpukan perniagaan penggunanya terhadap kedudukan negara dan kategori utama serta "white spots" dan model perniagaan baharu.


Kelebihan yang berdaya saing: inovasi, kemampanan, digital

Untuk terus memperkukuh kelebihannya yang berdaya saing, Henkel akan memberikan tumpuan kepada tindakan mempercepat inovasi yang berkesan, meningkatkan kemampanan sebagai faktor pembezaan dan mengubah bahagian digital kepada pencipta nilai pelanggan dan pengguna.


Mempercepat inovasi yang berkesan dengan peningkatan pelaburan

Henkel bertujuan untuk mempercepat inovasi yang berkesan dalam ketiga-tiga unit perniagaan, disokong oleh peningkatan pelaburan. Perkara ini termasuk pendekatan inovasi yang dipertingkatkan, contohnya dengan memperluas penggunaan alat digital dan data untuk wawasan yang lebih cepat dan lebih baik serta pelaburan yang berterusan dalam inkubator dan pusat inovasi.


Inovasi dan jenama akan disokong oleh pelaburan yang konsisten dalam kategori dan rantau teras. Oleh itu, Henkel komited untuk terus meningkatkan pelaburan pertumbuhan dalam bidang pengiklanan, digital dan IT sebanyak 350 juta euro berbanding dengan tahun 2018.


Meningkatkan kemampanan berdasarkan rekod prestasi yang kuat dengan sasaran yang berhasrat tinggi

Berlandaskan rekod prestasi yang kuat dan kemajuan seterusnya ke arah sasarannya untuk tahun 2020 dan selanjutnya, Henkel bertujuan untuk memperkukuh kemampanan sebagai pembeza yang berdaya saing.


Syarikat telah menentukan peristiwa penting seterusnya untuk tiga topik utama:

  • Dalam usahanya untuk menjadi positif iklim menjelang tahun 2040, syarikat merancang untuk mengurangkan jejak karbon pengeluarannya sebanyak 65 peratus dan menjimatkan 100 juta tan CO2 bersama dengan para pengguna, pelanggan dan pembekalnya menjelang tahun 2025.
  • Dalam usahanya ke arah ekonomi kitaran dan sisa plastik sifar di alam sekitar, Henkel telah menentukan sasaran pembungkusan yang berhasrat tinggi untuk tahun 2025: 100 peratus daripada bahan pembungkusan Henkel akan boleh dikitar semula atau boleh digunakan semula* dan syarikat bertujuan untuk mengurangkan plastik dara berasaskan fosil dalam pembungkusan produk penggunanya sebanyak 50 peratus.
  • Henkel juga ingin meningkatkan impak sosial positifnya kepada komuniti -- melalui 100 peratus pemerolehan sumber secara bertanggungjawab, dengan memanfaatkan lebih daripada 50,000 orang pekerjanya yang terlibat, dan dengan membantu meningkatkan kehidupan 20 juta orang di seluruh dunia menjelang tahun 2025.


Mengubah bahagian Digital kepada pencipta nilai pelanggan dan pengguna.

Melangkah ke hadapan, Henkel berhasrat untuk mengubah bahagian Digital kepada pencipta nilai pelanggan dan pengguna. Henkel ingin meningkatkan penglibatan 1:1 dan jualan digital dalam perniagaan pengguna dengan memperluas platform digital yang sedia ada dan mewujudkan platform digital baharu untuk hubungan pengguna langsung. Pendigitalan yang berpusatkan pelanggan hujung ke hujung dalam perniagaan perindustrian akan dipacu untuk menghasilkan perniagaan baharu dan mendigitalkan lagi pengalaman pelanggan di semua titik sentuh.


Selain itu, Henkel akan terus berusaha mendapatkan integrasi data hujung ke hujung. Ini akan membolehkan syarikat, contohnya, untuk mewujudkan penyelesaian inovatif dan tersuai yang dipacu oleh AI. Henkel juga akan melabur dalam bakat digital, terutamanya para saintis dan jurutera data dengan keupayaan masa depan dan kepakaran industri teknologi yang mendalam.


Dan akhirnya, Henkel ingin membolehkan fokus dan kecekapan perniagaan digital. Henkel akan menyusun semula persediaan digitalnya dengan sepenuhnya, mewujudkan suatu struktur digital baharu yang dinamakan "Perniagaan Digital". Henkel telah mewujudkan jawatan CDIO (Ketua Pegawai Digital dan Maklumat) yang baharu pada akhir tahun lepas. Pasukan Digital dan IT di seluruh Henkel kini akan digabungkan di bawah kepimpinan CDIO yang akan bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).


"Perniagaan Digital" baharu Henkel dibina atas dua dasar: pertama, "Teknologi Perniagaan", yang merupakan alat untuk memacu kecekapan pada rantaian nilai melalui pengoptimuman proses perniagaan dan sistem IT secara berterusan. Dasar kedua merupakan "Henkel Digital", suatu unit dikhususkan yang baharu untuk inkubasi dan inovasi berorientasikan pasaran. Di bawah "bumbung" ini, Henkel merancang untuk mewujudkan hab inovasi digital di Berlin, Silicon Valley dan Asia.


Membentuk semula model pengendalian supaya menjadi padu ("lean"), cepat dan mudah

Henkel akan meningkatkan daya saing proses dan strukturnya secara berterusan. Syarikat berhasrat untuk meningkatkan usahanya untuk membolehkan model perniagaan baharu, meningkatkan keakraban pelanggan & pengguna dengan membuat keputusan yang lebih cepat dan meningkatkan kecekapan secara berterusan.


Memperkukuh budaya jalinan kerjasama dengan orang yang diperkasakan

Budaya yang kukuh, nilai yang dikongsi bersama dan rangka kerja yang jelas untuk bekerjasama sebagai satu pasukan adalah penting untuk kejayaan masa depan Henkel. Sebagai langkah pertama, Henkel telah memperkenalkan Komitmen Kepimpinan baharu kepada semua pekerja di seluruh dunia pada tahun 2019. Henkel merancang untuk mempercepat perjalanan budaya ini dengan komitmen ini pada terasnya dan akan memupuk budaya kerjasama dan pemerkasaan, meningkatkan kemahiran pekerjanya untuk keupayaan masa depan dan membolehkan pekerjanya supaya berkembang dan menjadi lebih matang.


Untuk maklumat lanjut, sila lawati pautan www.henkel.com.


* Tidak termasuk produk pelekat jika residu boleh menjejaskan kebolehan kitar semula atau mencemarkan aliran kitar semula.




Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
SUMBER:

Henkel

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

10 Mar 2020

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG