Graphisoft, BIMStudio, dan CIDBEC Menjalin Perkongsian Transformatif untuk Merevolusikan Industri AEC dengan perisian BIM dan Program Latihan Archicad



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 7 Jun 2023 - Graphisoft, pemaju terkemuka perisian Pemodelan Maklumat Bangunan atau dikenali sebagai Building Information Modelling (BIM) untuk seni bina dan kejuruteraan, telah mengumumkan perkongsian antara Graphisoft, BIMStudio Sdn Bhd dan CIDB E-Construct Services Sdn Bhd (CIDBEC). Perkongsian ini bertujuan untuk merevolusikan lagi sektor AEC dengan meningkatkan produktiviti dan memperkasakan tenaga kerja melalui perisian canggih dan program latihan Archicad yang menyeluruh.

Dengan perkongsian ini, BIMStudio dan CIDBEC akan bekerjasama untuk menyediakan akses perisian dan perkakasan BIM terkini serta program latihan komprehensif di CIDB myBIM Centre kepada industri AEC. Inisiatif ini melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam pasaran global yang dinamik. Dengan meningkatkan kemahiran profesional dan meningkatkan keupayaan mereka, industri akan lebih bersedia untuk menerima transformasi digital, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kesilapan, dan mengoptimumkan peruntukan sumber.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan CIDB E-Construct Services dalam visi bersama kami untuk memajukan industri AEC," kata Zait Ismail, Pengarah BIM di BIMStudio. "Perkongsian ini akan membolehkan kami memanfaatkan kepakaran kami dalam teknologi BIM untuk menyediakan solusi terkini yang meningkatkan produktiviti, kerjasama dan menyelaraskan aliran kerja."

CIDBEC, yang terkenal dengan komitmennya terhadap perkembangan industri, didedikasikan untuk memfasilitasi pertumbuhan dan kemajuan sektor pem binaan . Dengan kolaborasi bersama BIMStudio, CIDBEC be rharap dapat mempercepatkan penerimagunaan teknologi BIM dan memastikan bahawa industri pembinaan tetap berada di barisan hadapan inovasi.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Graphisoft dan BIMStudio dalam usaha kami untuk memastikan peningkatan industri AEC serta kekal unggul secara berterusan ," kata Rofizlan Bin Ahmad, CEO CIDB E-Construct Services Sdn Bhd. "Dengan melengkapi tenaga kerja kami dengan perisian dan perkakasan BIM serta program latihan yang canggih, kami melabur demi masa hadapan industri. Kolaborasi ini akan meningkatkan produktiviti, menguruskan kos dengan lebih baik , dan mendorong kepada pembangunan yang mampan."

"Archicad telah diiktiraf secara meluas sebagai salah satu perisian Building Information Modelling (BIM) terkemuka dalam industri AEC. Penggunaan BIM telah berkembang di peringkat global, termasuk di Malaysia, kerana manfaatnya dalam meningkatkan penyelarasan reka bentuk, kerjasama, dan kecekapan pengurusan projek," kata Ron Close, Naib Presiden Pemasaran di Graphisoft. "Kami yakin bahawa pemupukan bakat dan penyedian pendidikan berterusan amat diperlukan dalam memastikan peneguhan amalan seni bina pada masa akan datang. Perkongsian ini akan memperkasakan tenaga kerja, meningkatkan set kemahiran mereka, dan mengukuhkan daya saing industri di pentas global."



Hashtag: #Graphisoft

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai Graphisoft
Mengenai Graphisoft
Graphisoft memperkasa pasukan kerja untuk merekabentuk bangunan hebat melalui solusi perisian , program-program pembelajaran dan perkhidmatan profesional yang beranugerah dalam industri AEC. Graphisoft adalah sebahagian daripada Nemetschek Group. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati graphisoft.com.

SUMBER:

Graphisoft

KATEGORI:

Technology

DIPUBLIKASIKAN PADA:

07 Jun 2023

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT
#Architecture #Technology

22 November 2023

Graphisoft unveils AI-powered Visualizer for Archicad

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG