Pelaburan Forex mengambil alih sentimen popular sebagai trend global yang sesuai dakwa OctaFX



Kekeliruan sedang tercetus dalam pasaran kewangan. Peraturan yang semakin ketat, kenaikan inflasi, gangguan dalam sektor tenaga, pergolakan sosial dan peperangan telah memberi kesan terhadap ekonomi dunia. Bagaimanakah Forex, sebagai satu cara pelaburan, telah menjadi trend global utama dalam tahun 2022? Berlatarkan peristiwa semasa, pasukan pakar broker antarabangsa di OctaFX telah menghimpunkan beberapa jawapan.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 10 October 2022 - Dunia kewangan sedang menghadapi beberapa peralihan dan kejutan penting sekarang. Ini telah berlaku selama sekurang-kurangnya dua setengah tahun—sejak permulaan pandemik global koronavirus. Sekarang— disebabkan oleh dasar monetari yang dilaksanakan oleh kebanyakan ekonomi nasional—inflasi semakin merebak dan meluas di setiap benua seperti virus. Tiada negara yang terlepas daripadanya. Orang awam kehilangan simpanan, dana dan kuasa beli mata wang negara mereka. Kerajaan mengawal selia seboleh mungkin. Tetapi situasi semasa, yang kebanyakannya agak luar biasa dalam beberapa tahun ini, telah mengakibatkan penyekatan dasar pada beberapa pasaran kewangan. Antaranya—pasaran Forex. Namun, pelaburan Forex telah meraih perhatian baru-baru ini, dan sekarang telah menjadi trend antarabangsa.

286037-image-1.jpeg

Sekarang oleh kerana kita sudah mengetahui keadaan semasa, kita boleh melihat kembali sejarah pelaburan kewangan—terutamanya, hubung kaitnya dengan pasaran Tukaran Asing.

Sejarah ringkas dalam membuat pelaburan

Membuat pelaburan mempunyai sejarah yang panjang. Beribu-ribu tahun yang lalu, orang dari suku, kampung dan wilayah yang berbeza menemui laluan dan cara untuk menukar barangan dari semua jenis: haiwan ternakan, logam berharga dan batuan, atau gandum, sebahagian daripadanya. Setiap transaksi dan perdagangan purba ini merupakan pelaburan—sebagai modal, sebagai amanah dalam hubungan dagangan masa depan, atau selalunya sebagai cara untuk meneruskan kehidupan.

Pasaran Tukaran Asing sebagai hab untuk membuat pelaburan sudah wujud sekian lama—sejak sekurang-kurangnya semasa penciptaan syiling sebagai mata wang pertukaran, jadi sekurang-kurangnya sekitar 600 B.C. Ia boleh dianggap sebagai bakul dinamik mata wang asing dan rangkaian pertukaran. Lebih jelas, Forex mewakili proses penukaran satu mata wang ke mata wang lain. Pasaran Tukaran Asing secara semula jadinya bersifat terpencar. Hari ini, ia wujud dalam talian sepenuhnya dan menggunakan pelbagai jenis negara, mata wang dan komoditi yang meluas.

Melangkau ke hari ini, Forex mengalami kebangkitan global yang besar sebagai satu cara untuk membuat pelaburan. Zaman kuarantin, pejabat di rumah dan sekatan, pemberhentian beramai-ramai, dan ketaktentuan ekonomi didorong oleh inflasi memaksa ramai orang mencari pendekatan alternatif bagi menjana pendapatan tambahan atau pasif dalam talian. Forex muncul sebagai pilihan utama.

Mengapakah trend ini mula muncul sekarang?

Banyak faktor yang menyumbang pada peningkatan minat terhadap Tukaran Asing. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, perkembangan dalam geopolitik, ekonomi dunia, dan kesan akibat pandemik COVID-19 mewujudkan rasa tidak menentu dalam pasaran kewangan. Disebabkan oleh peperangan di Ukraine, ekonomi E.U. dan euronya telah menjadi sangat lemah. Proses berterusan ini membolehkan dolar A.S. mendapatkan kesetaraan penuh, yang tidak pernah dicapai sejak tahun 2002, dua puluh tahun yang lalu. Prestasi kukuh mata wang Amerika ini turut menarik minat peruncit, yang mencari peluang besar untuk melibatkan diri. Di mana Forex semakin menarik perhatian, aset lain seperti saham dan hartanah telah menjadi lemah. Sebabnya, sekali lagi, adalah peningkatan ketakstabilan dan ketakselamatan dalam pasaran masing-masing. Tidak ramai yang memilih untuk memasukinya kerana bimbang tersilap perkiraan.

Komoditi turut boleh didagangkan dan dilaburkan melalui Forex. Manakala komoditi penting seperti gas asli dan minyak mentah sentiasa mengalami kenaikan harga. Salah satu aspek yang menyebabkan lonjakan nilai minyak mentah adalah negara-negara OPEC tidak tunduk terhadap permintaan A.S. dalam meningkatkan pengeluaran bulanan dengan ketara. Manakala gas asli berharga USD 43.99 pada Jun 2020 dan meningkat ke USD 483.23 pada Jun 2022—peningkatan sebanyak 998.49 peratus. Hanya melalui Forex, seseorang boleh meraih keuntungan daripada pergerakan harga yang ketara sebanyak sepuluh kali ganda seperti ini.

Forex—antara jenis pelaburan terbaik

Oleh kerana pelaburan boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang sah, mari rungkaikan aset yang paling kukuh dan paling relevan yang boleh bertindak sebagai pelaburan—terutamanya, kerana ia berkaitan dengan Tukaran Asing.

Emas merupakan jenis pelaburan yang telah terbukti dari segi sejarah—pelindung nilai jangka panjang yang mengagumkan terhadap inflasi, ia mempunyai rekod prestasi yang kukuh. Kelemahannya mungkin dari segi sifat fizikalnya: berbeza dengan Forex, emas perlu disimpan di suatu tempat yang selamat dan teguh. Semakin banyak emas yang dimiliki oleh seseorang, semakin besar masalah penyimpanan dan keselamatannya.

Lebih kurang sama seperti emas, hartanah adalah laluan kukuh dalam membuat pelaburan. Kelebihannya adalah keselamatan dan ketaktentuan harga yang agak rendah. Selain itu, pemilik boleh menyewakan hartanah mereka, yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan pasif dalam cara yang tidak rumit. Forex tidak menawarkan pilihan ini tetapi ia mempunyai kelebihan yang ketara dalam aspek lain. Pelaburan awal tidak perlu terlalu besar seperti dalam pasaran hartanah. Dengan Forex, jumlah pelaburan awal di antara USD 20 dan USD 100 biasanya mencukupi untuk mula menyertai pasaran Tukaran Asing.

Mata wang kripto adalah tambahan paling baru dalam pasaran kewangan. Disebabkan oleh bitcoin, yang, walaupun sedang mengalami trend menurun, berjaya meyakinkan banyak institusi kewangan—dan juga kerajaan—untuk menjadi pelabur dalam dua tahun yang lepas. Oleh kerana kripto pada dasarnya wujud dalam domain Forex, banyak kelebihan yang muncul daripada kedua-duanya. Dagangan kripto telah mendapat manfaat daripada langkah keselamatan yang diinspirasikan daripada Forex seperti pesanan henti rugi dan perlindungan baki negatif.

Tetapi terdapat risiko tinggi yang terlibat dengan mata wang kripto dari segi pelaburan. Projek individu kripto boleh mengubah haluan ke arah yang tidak dapat diduga. Seperti yang ditunjukkan oleh rangkaian Celsius dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alex Mashinsky, pada musim panas ini. Kebanyakan pelanggan perkhidmatan kewangan mereka kemungkinan besar telah kerugian semua dana mereka.

Keadaan sedikit berbeza dengan projek stablecoin algoritma Terra Luna, yang didakwa telah ranap disebabkan oleh kesilapan teknikal yang teruk, tetapi tidak disengajakan oleh pasukan pembangunan. Kejadian seperti ini amat jarang berlaku dalam Forex, kerana mata wang dan komoditi yang didagangkan adalah aset yang boleh dipercayai dari segi sejarah yang dilengkapi dengan baik terhadap sebarang kemungkiran yang berlaku secara tiba-tiba.

Akaun simpanan dan simpanan tunai mempunyai kelebihan tersendiri ketika ekonomi mengalami kestabilan dan berkembang maju. Namun dalam zaman inflasi, pilihan ini boleh menjadi satu kelemahan besar dalam masa yang singkat. Forex bersifat lebih mudah alih dan fleksibel kerana aset boleh ditukar dengan pantas, manakala dua lagi pilihan pragmatik bersifat lebih statik. Khususnya akaun simpanan, kerana kontrak yang ditandatangani dengan bank boleh mempunyai pelbagai jenis klausa yang merugikan jika ingin ditutup lebih awal.

Saham juga mempunyai kelebihan tersendiri dalam pasaran bulis. Terutamanya jika anda mendapat pelaburan yang menguntungkan, contohnya, membeli saham di Amazon pra-2016. Saham sebenarnya memberikan pemilikan berkadar individu terhadap syarikat—semakin banyak saham dalam pemilikan mereka, semakin besar pemilikan mereka dalam syarikat tersebut. Namun, pada masa ini, pasaran saham sedang mengalami kemerosotan yang teruk. Sukar untuk menentukan pandangan jangka sederhana atau selama mana trend menurun akan berterusan. Sifat Forex yang dinamik, sebaliknya, memberikan pilihan jangka pendek kepada pelabur untuk mengubahsuai portfolio pelaburan mereka..

Tekanan kerajaan tertentu terhadap keseluruhan domain pelaburan peribadi tidak boleh diabaikan. Sekatan berterusan—seperti yang dialami oleh industri Forex ketika ini—walaupun pada masa yang sama dasar kerajaan gagal untuk mengatasi bahaya yang teruk seperti inflasi, boleh menyebabkan semua orang kehilangan pendapatan dan simpanan mereka.

Terdapat cara lain untuk mengatasinya

Bagaimanakah seseorang boleh membebaskan diri daripada kitaran buruk yang tidak berkesudahan ini, mengambil tanggungjawab, dan terlibat dalam keputusan pelaburan yang bermakna, produktif dan mempunyai potensi keuntungan yang sangat tinggi? Mari gunakan Forex sebagai contoh sekali lagi.

Mendapatkan broker yang boleh dipercayai adalah langkah yang pertama yang harus diambil. Mana-mana broker dengan sekurang-kurangnya sedekad pengalaman dalam pasaran kewangan (seperti OctaFX, XM, eToro) adalah satu pilihan yang mantap. Perhatian perlu diberikan terhadap ulasan dan anugerah yang diperoleh oleh broker tersebut. Semua maklumat ini boleh didapati dan diteliti dalam talian.

Dari segi mencapai matlamat kewangan, sekarang adalah masa yang paling tepat. Mengambil kira krisis ekonomi yang sedang merebak di seluruh dunia, keputusan pelaburan yang dibuat oleh seseorang boleh mempengaruhi masa depan mereka dengan sangat ketara—ke arah yang lebih baik.

Hashtag: #OctaFX

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
SUMBER:

OctaFX

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

10 Oct 2022

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Hubungi Media OutReach hari ini

HUBUNGI KAMI SEKARANG