Kenanga Investors Lantik Pengurus Dana Untuk Dana Wakaf Bencana



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 18 November 2021 - Kenanga Investors Berhad ("Kenanga Investors") telah dilantik sebagai Pengurus Dana bagi Dana Wakaf Bencana ("Emergency Waqf Fund"), iaitu dana bantuan kecemasan yang diwujudkan bagi tujuan menyalurkan sumber kepada mereka yang terkesan oleh bencana berkaitan dengan perubahan iklim dan juga pandemik masa hadapan.



Dari kiri ke kanan:
Tuan Haji Syed Zafilen Syed Alwee, Pengerusi Lembaga Pengarah, Kenanga Investors Berhad
Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Charles Hay, Pesuruhjaya  Tinggi British ke Malaysia
Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia
Suhana Sidik, Ahli Pengasas MATCH Foundation dan Ahli Lembaga Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

 

Pada 10 November, Kenanga Investors sebagai Pengurus Dana, bersama-sama Yayasan Waqaf Malaysia (pentadbir wakaf) dan MATCH Foundation (agensi pengagihan), menandatangani Memorandum Perjanjian untuk memastikan dana yang dikumpulkan dilaburkan dan diagihkan berdasarkan prinsip-prinsip wakaf. Majlis pemeteraian disaksikan oleh Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia.  

 

"Kami berbesar hati dilantik sebagai Pengurus Dana bagi Dana Wakaf Kecemasan sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan hasrat kerajaan terhadap kecekapan yang lebih tinggi dalam pengurusan wakaf.  Kami berasa teruja untuk memberikan sokongan kepada institusi wakaf dengan cara mewujudkan struktur tadbir urus dana kecemasan melalui perkongsian strategik ini yang akan menyaksikan penggunaan sumber-sumber tepat pada masanya ke kawasan-kawasan yang memerlukan," ujar Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa pelantikan tersebut didorong oleh rekod pencapaian Kenanga Investors dalam pengurusan dana dan pengalaman dalam pengurusan aset-aset wakaf melalui Dana Al-Ihsan Wakaf Kenanga yang dilancarkan pada bulan April 2021. 

 

Dana Bantuan Kecemasan akan menerima sebahagian daripada RM10 juta yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 sebagai sebahagian daripada pendanaan tahap awal (seed funding) permulaan, yang diumumkan pada Oktober 2021. Dana yang diterima daripada pelabur institusi akan dilaburkan secara terus ke dalam dana borong (wholesale fund) yang diwujudkan oleh Kenanga Investors yang akan menguruskan dan melaburnya dengan sewajarnya, selaras dengan struktur dana yang dicadangkan. Pendapatan yang diperoleh akan diagihkan kepada para pelabur dan YWM masing-masingnya. YWM kemudiannya akan menyalurkan peratusan dana yang diperuntukkan kepada  MATCH Foundation untuk pengaktifan respons kecemasan bagi membolehkan pulangan sampai kepada komuniti yang terdedah kepada risiko.

 

Di Malaysia, Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan (Foreign Commonwealth and Development Office, "FCDO") telah melantik PwC Malaysia sebagai perunding bagi aspek Kewangan Sosial Islam, yang kemudiannya melaporkan keperluan mewujudkan dana kecemasan untuk mengurangkan bencana berkaitan dengan iklim selain melindungi nyawa dan mata pencarian golongan yang paling mudah terjejas. FCDO, di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Tinggi British, menjalankan Program Perkhidmatan Kewangan dan Harta Intelek (Program) untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dengan menangani isu kemiskinan dan ketaksamaan dalam membangunkan negara-negara Asia Tenggara.

 

"Program merupakan usaha antarabangsa dan beroperasi di enam buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. Program ini menyediakan bantuan teknikal kepada Tahun 1 Malaysia dalam program Prosperity ASEAN Economic Reform melalui enam aliran kerja, iaitu FinTech, Piawaian Perakaunan, Harta Intelek, Antipenggubahan Wang dan Jenayah Kewangan, Pasaran Modal, dan Kewangan Islam.

 

"Kenanga Investors menyedari betapa pentingnya sebuah syarikat dipacu oleh pertimbangan dan matlamat ESG, dan tanggungjawab sosial merupakan aspek utama agenda tersebut. Menjadi tanggungjawab kami, bagi pihat pemilik aset, untuk menjana impak alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang positif menerusi pelaburan mereka. Dengan pelantikan ini, kami berharap untuk memacu impak pelaburan di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi", jelas De Alwis.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investors Berhad, sila layari  www.kenangainvestors.com.my.




Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai Kenanga Investors Berhad 199501024358
Mengenai Kenanga Investors Berhad 199501024358

Kami menawarkan penyelesaian pelaburan termasuk skim pelaburan kolektif, perkhidmatan pengurusan portfolio dan pelaburan alternatif bagi pelanggan runcit, korporat dan institusi selain pelanggan bernilai bersih tinggi melalui jaringan pelbagai agihan.

 

Terkini, FSMOne Recommended Unit Trusts Awards 2021/2022 menamakan Kenanga Balanced Fund sebagai "Balanced – Malaysia" bagi tahun ketiga, Kenanga ASnitaBOND Fund sebagai "Core Fixed Income -Malaysia (Islamik)" untuk kali kedua, manakala Kenanga OnePRS Conservative Fund menerima anugerah "Private Retirement Scheme – Conservative"  (tahun ketiga).

 

Di Refinitiv Lipper Fun Awards 2021 (Malaysia), KIB memenangi anugerah terbaik keseluruhan Malaysia Islamic Funds Group (Ekuiti) dan anugerah Malaysia Provident Funds Group (Aset Bercampur). Kenanga SyariahEXTRA Fund menerima anugerah "Mixed Asset MYR Balanced – Malaysia" untuk tiga tahun dan lima tahun dalam kedua-dua kategori, iaitu Islamic Funds dan Malaysia Provident Funds, manakala Kenanga Growth Opportunities Fund memenangi "Equity Malaysia Small & Mid-Caps" untuk 3 tahun di bawah kategori Malaysia Provident Funds. Kenanga SyariahEXTRA Fund juga memenangi "Mixed Asset MYR Balanced – Malaysia" untuk 3 tahun dan 5 tahun di Refinitiv Lipper Fund Awards 2021 (Global Islamic). Asia Asset Management's 2021 Best of the Best Awards yang berpangkalan di Hong Kong telah memberikan anugerah kepada KIB di bawah kategori yang berikut,  Malaysia - Best Equity Manager, Malaysia CIO of the Year, Malaysia – Dana Islamik Terbaik (Ekuiti), dan Malaysia Best House bagi Alternatif. 

 

Bagi tahun kelima berturut-turut, KIB menerima penarafan pengurus pelaburan IMR-2 daripada Malaysian Rating Corporation Berhad sejak penarafan pertama pada tahun 2017. Penarafan IMR terhadap KIB mencerminkan proses pelaburan yang mantap dan amalan pengurusan risiko yang kukuh oleh syarikat pengurusan dana. Pada separuh pertama 2021, 20 dana unit Amanah KIB yang terbesar mengatasi penanda arasnya bagi tempoh setahun, tiga tahun dan lima tahun. 

 

#Kenanga

SUMBER:

Kenanga

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

18 Nov 2021

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG