Pastikan kewangan anda selamat: skim penipuan baru dalam perdagangan



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 17 Ogos 2021 - Broker antarabangsa, OctaFX, baru-baru ini telah mengesan strategi lanjutan penipuan pedagang. Skim penipuan baru ini telah muncul dalam komuniti Forex Malaysia.




Mereka yang melakukan aktiviti penipuan ini telah berpura-pura mewakili bukan sahaja broker dan organisasi pihak ketiga malahan juga organisasi rasmi yang dikenali ramai berkaitan dengan kerajaan juga. OctaFX telah memberi amaran kepada masyarakat umum dan mengesyorkan pedagang supaya menghubung broker melalui sumber web rasmi secara langsung sekiranya wujud sebarang kecurigaan.


Terdahulu, broker ini telah menyediakan senarai semak keselamatan yang bertujuan untuk membantu pelanggan mereka mengenalpasti laman web dan aktiviti penipuan dan menjadikan perdagangan lebih selamat. Cadangan berikut dikhususkan untuk broker tetapi turut boleh digunakan untuk aktiviti harian dalam talian.

  • Pastikan maklumat peribadi anda selamat dan jangan kongsikan ia dengan sesiapa. Jika sesiapa menghubungi anda dan meminta butiran akaun anda, besar kemungkinan ia adalah cubaan untuk menipu. Semua data anda adalah selamat di dalam akaun anda.
  • Semua pembayaran anda harus diproses melalui Ruangan Peribadi anda di laman web rasmi broker atau di dalam Aplikasi rasmi mereka. Jika seseorang meminta anda untuk membuat pembayaran melalui cara atau saluran lain, seperti aplikasi messenger atau pindahan peribadi, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan. Jangan ragu-ragu untuk melaporkan orang tersebut kepada pihak berkuasa atau kepada Sokongan Pelanggan broker.
  • Untuk mengesahkan kesahihan halaman tempatan OctaFX, gunakan sambungan penyemak-domain mereka (cth. untuk Google Chrome untuk OctaFX). Jika nama domain adalah berbeza, maka ia adalah laman web palsu, atau seseorang telah menggunakan hak intelek secara tidak sah.
  • Apabila anda melihat logo broker dalam talian, periksa semula nama domain. Sentiasa beranggapan bahawa mereka yang melakukan penipuan ini akan menggunakan versi nama jenama yang hampir serupa untuk cuba menipu anda.
  • Berhati-hati semasa menggunakan media sosial. Akaun media sosial rasmi broker kebiasaannya disenaraikan di laman web rasmi mereka. Malangnya, beberapa akaun palsu muncul setiap hari, jadi adalah penting untuk kekal berwaspada, terutamanya semasa berkomunikasi di kumpulan Telegram atau Facebook.
  • Kekal berwaspada semasa berhubung melalui kumpulan Telegram dan Facebook yang mengaku bahawa mereka mewakili broker anda. 
  • Semak semula berita yang diterbitkan di laman web tentang tawaran istimewa dan aktiviti rakan kongsi dengan berita rasmi di laman web broker dan rangkaian sosial rasminya. Jika ia tidak dinyatakan, kemungkinan besar, anda mungkin akan ditipu.
Sumber: OctaFX



Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
About OctaFX
About OctaFX

OctaFX adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian sejak 2011. Ia menawarkan pengalaman perdagangan canggih kepada lebih 7 juta akaun dagangan di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi 44 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik 2020' dari World Finance dan terbaru anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia' 2021 dan anugerah 'Broker Paling Telus' 2020 dari Global Banking & Finance Review dan Forex Awards, masing-masing. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan kebajikannya. Ia juga komited dalam memberi pendidikan kepada pelanggannya tentang perdagangan dan pelaburan dalam cara yang mudah dan menarik.


#OctaFX

SUMBER:

OctaFX

KATEGORI:

Business

BACA DALAM:

English

DIPUBLIKASIKAN PADA:

17 Aug 2021

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG