ECOVACS ROBOTICS Memperkenalkan Rangkaian DEEBOT T9 9-dalam-1 Di Malaysia - DEEBOT Terbaik Kami Kini Semakin Hebat!



Pembersih vakum robot yang “Terbaik Kini Semakin Hebat" dengan pengenalan ciri memvakum sambil mengelap yang pertama di pasaran

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 2 April 2021 - Pembuat robot kerja rumah terkemuka di dunia, ECOVACS ROBOTICS hari ini melancarkan Rangkaian DEEBOT T9, yang terdiri daripada DEEBOT T9 dan DEEBOT T9+, iaitu model pembersih vakum robot pintar yang pertama dengan ciri mengelak halangan 9-dalam-1, selain menggabungkan fungsi memvakum dan mengelap dengan penyegar udara bergerak. Rangkaian DEEBOT T9 telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri canggih yang lebih berkuasa dan lebih pintar berbanding model sebelumnya.







 

Rangkaian DEEBOT T9 dapat memudahkan kerja membersih rumah dengan 9 ciri hebat, termasuk teknologi TrueDetect 3D 2.0 untuk mengesan dan mengelak halangan secara strategik dalam masa nyata; TrueMapping 2.0 untuk menavigasi dengan tepat; Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D, serta Sistem Mengelap Berayun Elektrik OZMO™ Pro 2.0 yang berkesan untuk menanggalkan kotoran degil dengan lebih cekap dan senyap, berbanding generasi sebelumnya.

 

"Kami sentiasa mengawasi permintaan pasaran, dan ia menunjukkan pengguna mahukan produk pintar yang boleh memudahkan kerja rumah dan mampu berfungsi sebanyak yang boleh, dalam satu waktu. ECOVACS komited untuk membawakan penyelesaian membersih terkini yang pintar dan unik kepada pengguna," kata David Qian, Ketua Pegawai Eksekutif bagi ECOVACS ROBOTICS. "Teknologi generasi baharu bersama dengan ciri-ciri sesuai telah diperkenalkan, dan kami juga telah meluaskan Rangkaian DEEBOT T9 kami untuk memastikan setiap inci dan permukaan lantai akan diliputi. DEEBOT Terbaik Kami Kini Semakin Hebat."

 

Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D dan Teknologi Mengelak Halangan dan Menavigasi Dipertingkatkan

 

Teknologi TrueDetect 3D 2.0 menggunakan algoritma terkini untuk mengesan berbagai jenis halangan dengan cepat untuk mengelaknya secara strategik. Rangkaian DEEBOT T9 boleh mengesan objek sekecil beberapa milimeter, yang mana adalah sepuluh kali ganda lebih tepat berbanding produk yang menggunakan teknologi tradisional inframerah dengan julat mengesan 70-350 milimeter. Rangkaian DEEBOT T9 juga boleh menavigasi dengan lancar dalam persekitaran dalaman dan pencahayaan yang berlainan, walaupun dalam keadaan gelap-gelita. Teknologi TrueDetect 3D 2.0 membolehkan pembersih vakum robot mengelakkannya daripada terlanggar, tersepit, atau terhenti, supaya pengguna tidak perlu sentiasa mengawasi dan membersihkan robot.

 

Penggunaan TrueDetect 3D 2.0 dan TrueMapping 2.0 dengan Peta 3D akan membuat kerja pembersihan automatik semakin cekap dan memberi pengguna lebih kefleksibelan. Kedudukan tepat pembersih vakum robot boleh dicari dengan cepat melalui Peta-peta 2D dan 3D. Pengguna juga boleh menguruskan seluruh tugas membersih dengan bertukar-tukar antara Peta-peta 2D dan 3D melalui Aplikasi ECOVACS HOME yang baharu.

 

Aplikasi ECOVACS HOME yang baharu menawarkan ciri penggunaan intuitif untuk memperbaiki pengalaman pengguna dan mengukuhkan penjenamaan ECOVACS. Aplikasi ini mudah untuk dinavigasi, dan menawarkan pengguna laluan membersih yang optimum. Antara muka aplikasi menyepadukan semua ciri utama bagi memudahkan akses kepada fungsi-fungsi penting. Pengguna boleh menetapkan jumlah air yang digunakan, kuasa sedut, masa membersih, dan laluan untuk bilik-bilik berlainan.

 

Pengalaman Membersih yang Menyenangkan dengan Penyegar Udara Terbina Dalam


Rangkaian DEEBOT T9 adalah produk pertama dalam industri yang membersihkan lantai sambil menyegarkan udara. Penyegar udara ini bersambung kepada sistem bergerak DEEBOT, supaya pengguna boleh memvakum sambil menggunakan penyegar udara.

 

Pembersih udara ini mempunyai reka bentuk yang unik untuk melepaskan haruman terus ke lantai dan menghilangkan bau hapak dan haiwan peliharaan. Kipas di bahagian bawah penyegar udara pula berfungsi untuk meratakan sebaran haruman.

 

Penyegar udara menggunakan kapsul boleh ganti, yang boleh bertahan sehingga 60 hari, dan menawarkan tiga jenis haruman. Pengguna boleh menggunakan Aplikasi ECOVACS HOME untuk membuka atau menutup penyegar udara bagi memanjangkan jangka hayatnya.

 

Prestasi Membersih Yang Lebih Berkuasa dengan OZMO Pro 2.0 dan Ciri Stesen Auto-Buang


Rangkaian DEEBOT T9 dilengkapkan dengan Sistem Mengelap Berayun Elektrik OZMO™ Pro 2.0 yang terkini, dengan motor baharu dan struktur pergerakan yang mengurangkan bunyi ketika pembersihan dijalankan.

 

Prestasi membersih juga lebih berkuasa dengan kuasa sedutan 3000 Pa. Struktur kaca gentian yang kukuh mengekalkan kekonsistenan kuasa sedut semasa memvakum kedua-dua lantai keras dan permaidani. Getaran frekuensi tinggi sehingga 480 kali seminit meningkatkan prestasi mop untuk menjadikannya hampir setara dengan prestasi mop elektrik.

 

Rangkaian DEEBOT T9 menggunakan pad mop pakai buang yang perlu dibuang dengan segera selepas selesai membersih. Gentian mikro ini berkesan untuk menyerap air dengan sekata, menangkap habuk, dan mengurangkan bekas tanda air. Stuktur komposit menambahkan geseran antara pad mop dan lantai untuk membantu Sistem Mengelap Berayun Elektrik OZMO™ Pro 2.0 menanggalkan kotoran degil pada lantai. 

 

Kit tambahan ada disediakan untuk DEEBOT T9 bagi meningkatkan lagi prestasi membersih dan pengalaman pelanggan. Stesen Auto-Buang yang membersihkan bekas sampah robot secara automatik selepas membersih dengan kawalan minimum diperlukan, juga sesuai digunakan dengan DEEBOT T9 dan DEEBOT T9+.   

 

Harga dan Ketersediaan


Cadangan harga runcit bagi DEEBOT T9 adalah RM2149. Pra-pemesanan boleh dibuat mulai 4 hingga 16 April di Shopee. Ia boleh didapati secara rasmi pada Super Brand Day di Shopee dari 17 – 18 April, pada harga istimewa RM1949 bersama dengan tambahan e-baucar RM50 dan pek hadiah percuma.

 

Ia juga boleh didapati di Lazada dari 19 April, dan akan ditawarkan pada harga promosi RM1949 bersama dengan tambahan e-baucar RM50 dan pek hadiah percuma dari 23 hingga 24 April.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati ecovacs.com atau hubungi kami di Facebook. Kami akan mengeluarkan lebih banyak produk di bawah Rangkaian DEEBOT T9 pada tahun ini.



Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai ECOVACS ROBOTICS
Mengenai ECOVACS ROBOTICS

Berinovasi Dari Dahulu – Membina Rumah Pintar.

 

ECOVACS ROBOTICS menawarkan penyelesaian-penyelesaian inovatif untuk meningkatkan gaya hidup anda. Berpandukan penggunaan dan pengalaman pengguna, kami menghasilkan robot-robot yang membolehkan anda "menikmati kehidupan secara pintar."

 

Kami telah melaburkan masa 20 tahun untuk menyelidik industri dan reka bentuk yang terbaik bagi menghasilkan rumah yang lebih pintar dan responsif. Kami ingin mengurangkan beban kerja di rumah, supaya anda boleh berfungsi dengan lebih cekap dan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menikmati aktiviti kegemaran anda.

SUMBER:

ECOVACS ROBOTICS

KATEGORI:

Technology

BACA DALAM:

English

DIPUBLIKASIKAN PADA:

02 Apr 2021

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG