SK Magic Umum Sijil HALAL untuk Pengguna di Malaysia



• Penulen air & penulen udara inovatif memenangi Brand Laureate SMEs BestBrands Awards 2018-2019 dalam kategori Pengguna – penulen air.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 1 April 2019 - SK Magic Co Ltd, syarikat terkemuka peralatan dapur dan rumah dari Korea menerima sijil HALAL untuk enam produk penulen airnya. Sijil Halal ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan nombor siri A109262, A109263, A109264 serta logo HALAL Malaysia pada setiap produk. Pensijilan ini mengesahkan bahawa setiap bahan dan peralatan yang digunakan di dalam produk-produk SK Magic mematuhi piawaian Halal sepenuhnya.



(Tiga dari kanan) Nam Su Park, Pengarah Urusan, SK Networks Retails Malaysia Sdn Bhd menerima pengiktirafan Jenama Terbaik untuk Pengguna bagi kategori penulen air di The Brand Laureate SMEs BestBrands Award 2018-2019.


"Di SK Magic, kami komited untuk menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan berkualiti yang mematuhi piawaian yang ditetapkan di Malaysia. Dengan pengiktirafan Halal ini, SK Magic dapat memberikan keyakinan dan jaminan kepada pengguna Malaysia apabila menggunakan produk-produk kami. JIK.SOO ialah teknologi penulenan air yang terkini. Ia adalah rekaan yang inovatif kerana sentiasa mengalir, menghasilkan air segar yang bersih, tulen dan kaya dengan mineral," kata Nam Su Park, Pengarah Urusan, SK Networks Retails Malaysia.


SK Magic berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam menawarkan peralatan dapur dan rumah dan kini meluaskan rangkaiannya ke pasaran sewaan peralatan rumah. Rangkaian produk yang ditawarkan oleh SK Magic terdiri daripada JIK.SOO HYPER, JIK.SOO RAPI, JIK.SOO MINI, WIZ C, WIZ S, dan WIZ R. Produk utama, rangkaian JIK.SOO tidak mempunyai tangki air dan bebas pencemaran serta menawarkan pelbagai suhu air pada bila-bila masa. SK Magic juga telah memperkenalkan siri Penulen Udara, Air MOTION, Air TOP dan Air TWIN dengan sistem kawalan pintar IoT yang memberikan perkhidmatan pengawasan kualiti udara, laporan dan penyelenggaraan terus dari telefon pintar anda.


Selain itu, SK Magic juga telah menerima pengiktirafan sebagai Jenama Terbaik Pengguna bagi kategori penulen air dalam The Brand Laureate SMEs BestBrands Award 2018-2019. Majlis penghargaan tersebut telah dianjurkan oleh Asia Pacific Brand Foundation (APBF), satu-satunya yayasan penjenamaan dunia yang mengiktiraf kecemerlangan jenama dalam kalangan perusahaan kecil sederhana di Malaysia dan di rantau ini.


"Perniagaan SK Magic telah lama bertapak di Korea yang menjadi tuan rumah operasi kami selama lebih 30 tahun. Kami berbesar hati untuk meneruskan pelaburan strategik di negara-negara Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Kami amat menghargainya dan ingin mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang di samping meneruskan usaha untuk mencapai kepuasan pelanggan yang paling tinggi," kata Nam Su Park, Pengarah Urusan, SK Networks Retails Malaysia.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk SK Magic, layari laman web kami di https://www.skmagic.com.my/ atau hubungi kami di 1800-18-7878 atau temui kami di Home Design & Interior Exhibition (HOMEDEC) di Setia Spice Convention Centre Penang dari 12 hingga 14 April 2019.





Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai SK Magic
Mengenai SK Magic

SK Magic yang diasaskan pada tahun 1985 adalah perniagaan yang pertama menghasilkan ketuhar gas di Korea dan merupakan pencetus trend dalam industri peralatan rumah di Korea. Sebagai salah satu subsidiari SK Network, SK Magic telah berkembang untuk menjadi perniagaan yang terkemuka dalam sektor peralatan dapur & rumah berasaskan teknologi canggih yang unik dan pengurusan kualiti yang optimum. Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama di mana cabang peralatan rumah dilancarkan iaitu pada bulan Disember 2018. SK Magic mengeksport ke 60 buah negara dan telah dianugerahkan 'Trade Achievement Tower' untuk hasil eksport sebanyak $70 juta di 48th Trade Day pada tahun 2012. SK Magic memanfaatkan pengalaman selama lebih 30 tahun untuk meluaskan capaiannya dalam pasaran sewaan peralatan yang sedang berkembang.


Mengenai SK networks

SK network syarikat rangkaian global yang mempunyai lebih 60 tahun kebolehan yang cemerlang dan meluas dalam penyumberan global, maklumat pasaran dan perangkaian strategik dalam perdagangan bahan kimia, keluli, automotif, batu arang dan pelbagai komoditi industri lain. SK networks beroperasi di 40 buah negara dengan lebih daripada 100 buah subsidiari di seluruh dunia. Perniagaan ini terdiri daripada pemasaran ICT, perkhidmatan mobiliti, hotel dan resort dan peralatan sewaan. SK networks berhasrat untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan antarabangsa di samping meneruskan usaha mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu.


Mengenai SK Group

SK Group telah berkembang menjadi syarikat global dengan pelbagai inovasi terkini. Merupakan syarikat ke-tiga terbesar di Korea Selatan, syarikat SK Group memperoleh pendapatan jualan $US138 bilion dan aset $US170.7 bilion. SK Group menduduki tempat ke-57 di Fortune Global 500 pada 2013 dengan 101 anak syarikat, 270 pejabat di seluruh dunia dengan kira-kira 85,000 kekuatan sumber manusia. SK Group merupakan gabungan rangkaian perniagaan yang merangkumi SKC, SK Energy, SK Global Chemical, SK Lubricants, SK E&C, SK Broadband, SK Materials, SK Holdings, SK Innovation, SK Telecom, SK E&S, SK Hynix and SK Chemicals.


SUMBER:

SK Magic

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

01 Apr 2019

Siaran Pers Sebelumnya

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG