PKS Catat Pertumbuhan Jualan 30 Kali Ganda Sepanjang 7.7 Jualan Tengah Tahun Shopee
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 11 JULAI 2025 –Sepanjang kempen 7.7 Jualan Tengah Tahun Shopee baru-baru ini, para Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mencatatkan lonjakan jualan sebanyak 30 kali ganda berbanding hari biasa. Kejayaan ini didorong oleh ekosistem Shopee yang semakin kukuh serta komitmennya terhadap tawaran 'Lagi Murah' dan penghantaran 'Lagi Cepat'.
Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun
Kempen ini sekali lagi membuktikan usaha Shopee dalam memperkasakan PKS tempatan melalui pelbagai program dan alatan digital yang direka untuk membantu mereka berkembang di pasaran e-dagang.
Rangkaian Affiliate Bantu Luaskan Jangkauan PKS
Dengan sokongan lebih 650,000 ahli rangkaian
affiliate Shopee, para penjual tempatan berjaya memanfaatkan pemasaran komuniti apabila ahli
affiliate berkongsi produk tempatan kegemaran mereka kepada pengikut masing-masing. Sepanjang 7.7, jualan melalui ahli
affiliate meningkat sehingga 160%, menunjukkan betapa besarnya peranan komuniti ini dalam membantu PKS berkembang.
Shopee Live dan Shopee Video Dorong Jualan PKS
PKS yang menggunakan Shopee Live dan Shopee Video turut mencatatkan peningkatan jualan sehingga 200%, membuktikan bahawa interaksi secara langsung dengan pembeli berpotensi mampu mendorong keputusan pembelian.
"Tempahan kami meningkat lebih dua kali ganda pada 7.7 berbanding hari biasa. Rahsianya? Kami buat Shopee Live hampir 8 jam, dapat berhubung dengan lebih ramai pembeli dan tutup jualan dengan lebih pantas," kata
KM Fashion, jenama fesyen wanita dari Perak.
Jenama peralatan rumah tempatan,
Russell Taylors, juga meraih manfaat apabila produk mereka dipromosikan oleh ahli
affiliate melalui Shopee Video.
"Program
Affiliate Shopee dan Shopee Video benar-benar jadi pencetus perubahan untuk kami. Ahli
Affiliate bantu jual pakej produk kami, manakala video di Shopee jadi pemangkin pantas kepada jualan, macam ada jurujual 24/7! Dua saluran ini sumbang hampir 40% daripada jualan semasa kempen. Dengan tanda 'Lagi Murah' pula, trafik ke kedai kami naik dua kali ganda, dan kadar checkout 50% lebih baik berbanding kempen sebelum ini," kata wakil jenama tersebut.
Memandangkan pembeli kini lebih gemar format interaktif untuk membuat keputusan pembelian, alatan seperti ini terbukti berkesan dalam menukar minat kepada pendapatan sebenar untuk PKS tempatan.
Pembeli & Penjual Sama-sama Puas Hati dengan Lagi Murah, Lagi Cepat
Komitmen Shopee untuk memastikan kepuasan pembeli melalui harga terendah dan penghantaran pantas ternyata membawa pulangan besar kepada PKS. Sepanjang kempen 7.7, rakyat Malaysia berjaya berjimat lebih RM60 juta, khususnya untuk barangan keperluan harian seperti produk penjagaan diri, barangan runcit, dan kelengkapan penjagaan anak.
"Pertumbuhan jualan semasa kempen 7.7 membuatkan kami lebih yakin untuk serius berkembang bersama Shopee. Dengan bantuan baucar strategik dan sesi livestream, kami dapat tingkatkan kadar jualan. Tanda 'Lagi Murah' pula memudahkan keputusan pembeli tanpa perlu banding harga dengan platform lain. Ini benar-benar jadi faktor utama lonjakan jualan kami," kata
Bath Garden, jenama penjagaan diri tempatan.
Penjual automotif
Carsolution turut berkongsi pandangan sama, "Dengan adanya tanda 'Lagi Murah', kempen 7.7 bukan sekadar membawa lonjakan besar buat kami, malah berjaya menarik pembeli yang betul-betul serius, bukan sekadar yang sekadar klik suka-suka. Kami capai kadar
checkout harian tertinggi pernah dicatat, malah produk popular dan juga yang kurang dikenali habis terjual!"
Dengan 80% tempahan dihantar keluar dalam masa 1 hari selepas pembayaran, Shopee terus meneguhkan kepercayaan pembeli, satu langkah penting untuk memastikan kejayaan jangka panjang penjual tempatan.
"Misi kami sentiasa jelas, membina platform yang menyokong pertumbuhan penjual. Kempen seperti 7.7 Jualan Tengah Tahun membuktikan apabila kami memperkukuh ekosistem dari segi alatan pemasaran, kandungan kreator, hinggalah kepada pengalaman pembeli, penjual kami pasti dapat berkembang. Dalam masa yang sama, pembeli menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi, tawaran menarik, dan cadangan produk daripada ahli
affiliate," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.
Shopee akan terus melabur dalam alatan dan strategi untuk memperkasa usahawan tempatan, selaras dengan komitmen untuk menjadi rakan kongsi digital yang dipercayai bagi pertumbuhan PKS Malaysia.
Hashtag: #ShopeeMY
Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.