Lembaga Pelancongan Saudi (Saudi Tourism Authority, STA) ditubuhkan pada bulan Jun 2020, bertanggungjawab untuk memasarkan destinasi pelancongan Saudi ke seluruh dunia dan membangunkan tawaran pelancongannya melalui program, pakej dan sokongan perniagaan. Mandatnya merangkumi pembangunan aset dan destinasi unik negara, menjadi hos dan menyertai acara-acara industri, serta mempromosikan jenama destinasi Saudi baik pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. STA mengendalikan 16 pejabat cawangan di seluruh dunia, dan berkhidmat di 38 negara.
Untuk mengetahui selanjutnya, sila layari
www.VisitSaudi.com
Memperkukuh Hubungan: Lembaga Pelancongan Saudi Tingkat Komitmen terhadap Malaysia
Lembaga Pelancongan Saudi memperkukuh kehadiran mereka di Malaysia dengan mengadakan pameran perdagangan fizikal sulungnya baru-baru ini, berinteraksi dengan rakan kongsi utama di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 6 Mac 2024 - Lembaga Pelancongan Saudi (Saudi Tourism Authority, STA) mengumumkan siri inisiatif semasa pameran perdagangan yang diadakan di Westin Kuala Lumpur pada 4 Mac yang melibatkan 18 pihak berkepentingan dari Saudi termasuk Syarikat Pengurusan Destinasi (DMCs), hotel, rakan kongsi pengangkutan dan agen pelancongan. Langkah strategik ini bertujuan mengembangkan segmen libur, mempermantap komitmen Saudi terhadap pelancong Malaysia, serta membuka pintu Saudi kepada masyarakat global.
Perkembangan ini menandakan pencapaian penting dalam komitmen Saudi untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat global, seiring dengan Wawasan 2030 Saudi, yang berhasrat untuk menyambut 150 juta lawatan setiap tahun menjelang akhir dekad ini. Khususnya, Saudi telah meneguhkan kedudukannya sebagai destinasi pertumbuhan besar terpantas oleh UNWTO dengan peningkatan ketibaan antarabangsa sebanyak 156% berbanding tahun 2019.
Melawat Saudi kini menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini memandangkan Malaysia adalah antara 63 negara yang layak untuk program e-Visa. Pemegang pasport Malaysia yang memiliki visa lawatan AS, Schengen, atau UK juga layak untuk e-visa dan visa ketibaan. Tambahan pula, pelancaran Visa Lawatan Transit 96 jam (96-hour Stopover Visa) memberikan peluang kepada kepada pengunjung yang mengembara dengan SAUDI dan Flynas untuk menghabiskan sehingga 96 jam di Saudi dan meneruskan perjalanan mereka dengan lancar, sekali gus menjadikan Saudi destinasi lawatan yang sempurna kepada pelancong Malaysia.
Di samping itu, sektor penerbangan Saudi memainkan peranan yang penting sebagai gerbang kepada kepelbagaian budaya yang kaya. Dalam tempoh setahun yang lalu sahaja, kapasiti penerbangan telah meningkat kepada lebih 700,000 tempat duduk melalui tiga pengendali penerbangan utama, Air Asia X, Malaysia Airlines, dan SAUDIA dengan rancangan untuk meningkatkan lagi kekerapan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Semasa pameran perdagangan, Lembaga Pelancongan Saudi telah mengumumkan pelancaran pakej Umrah+ tersuai yang ditambah baik khusus untuk jemaah haji Malaysia. Boleh diakses melalui platform Nusuk, pakej-pakej ini mempermudah proses permohonan e-visa dan menyediakan pengalaman terpilih, seterusnya mengundang rakyat Malaysia untuk meneroka budaya yang kaya, khazanah bersejarah, kepelbagaian landskap, serta pelbagai acara dan festival yang eksklusif di Saudi.
Saudi menawarkan beraneka pengalaman pelancongan, memenuhi pilihan setiap pelancong Malaysia, sama ada dari aspek budaya, warisan, atau alam semula jadi. Antaranya termasuklah:
Mulakan perjalanan yang indah dan terokai rumah sejati di Pavilion Kuala Lumpur (tingkat 3, ruangan luar), berlangsung dari 5 hingga 10 Mac. Untuk maklumat selanjutnya tentang tawaran pelancongan Saudi, sila layari laman web Visit Saudi.

- Penerokaan budaya dan keajaiban bersejarah: Saudi merupakan sebuah khazanah yang menakjubkan untuk diterokai, yang mempunyai tujuh Tapak Warisan Dunia UNESCO dan lebih 10,000 tapat arkeologi. Lokasi bersejarah seperti At Turaif di Diriyah (tempat kelahiran Saudi), dan Al Hijr (Madain Saleh) di AlUla menawarkan perjalanan yang memikat hati melalui warisan negara yang kaya.
- Kepelbagaian tawaran: Saudi muncul sebagai destinasi libur utama pada peringkat global, menawarkan lokasi ikonik seperti VIA Riyadh dan Bujairi Terrace. Mercu tanda ini menyumbang kepada tarikan Saudi dengan menawarkan gabungan pengalaman kebudayaan yang sempurna kepada para pelancong.
- Acara dan festival eksklusif: Pelancong juga boleh menikmati pelbagai acara dan festival yang menarik, termasuk kemeriahan Musim Riyadh, Festival AlUla Skies, serta Musim Sejuk di Tantora yang menakjubkan. Acara-acara ini menyediakan kombinasi unik sambutan kebudayaan dan hiburan, sekali gus menawarkan pengalaman yang sentiasa menggamit kenangan kepada para pelancong.
Mulakan perjalanan yang indah dan terokai rumah sejati di Pavilion Kuala Lumpur (tingkat 3, ruangan luar), berlangsung dari 5 hingga 10 Mac. Untuk maklumat selanjutnya tentang tawaran pelancongan Saudi, sila layari laman web Visit Saudi.
Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Perihal Lembaga Pelancongan Saudi
SUMBER:
Saudi Tourism Authority
KATEGORI:
Event & Exhibition
BACA DALAM:
DIPUBLIKASIKAN PADA:
06 Mar 2024 01:00pm
Siaran Pers Sebelumnya
#Event & Exhibition
#Travel & Leisure
06 March 2024 1:00pm HKT