Retrospektif OctaFX — Ramadan tahun lepas



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 7 April 2023 - Tahun demi tahun—bulan Ramadan masih kekal sebagai suatu tempoh istimewa bagi broker antarabangsa OctaFX. Inisiatif-Inisiatif amal telah dianjurkan dan dijalankan di Malaysia, Pakistan, dan Nigeria. Mari kita mengimbas kembali memori Ramadan 2022.

Ramadan MY.jpg

Bulan kesembilan dalam kalendar Islam adalah suatu masa yang penuh bererti dan sangat penting dari segi keagamaan bagi penganut Islam. Seluruh keluarga, masyarakat, dan negara Islam memperingati peristiwa dalam tradisi Islam yang telah dilalui sebagai wahyu awal Nabi Muhammad di sebuah gua, yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Menurut tradisi, ini adalah titik permulaan untuk perekodan kitab suci Islam—al-Quran.

Amal jariah adalah aspek utama Ramadan—dan di situlah ada OctaFX.

Broker telah memberi penekanan khusus untuk melibatkan para kliennya dalam beramal jariah semasa bulan Ramadan yang mulia. Sebagaimana tahun lepas, syarikat pada masa ini menyeru untuk 'menjadikan dunia lebih baik': setiap lot yang didagangkan oleh para klien antara 22 Mac dan 20 April 2023 akan menambahkan 0.1 USD ke dalam dana amal.

Satu arkib projek Ramadan 2022 yang berkuasa

Di Malaysia, OctaFX adalah penyumbang utama kepada Program EduCare Didik-Kasih. Ashreen Natasha, Nivasheini Saravana, Hii Xiu, Kerk Zhi, Hermawati, dan Manushri Lakshmi adalah enam pelajar yang mendapat manfaat daripada usaha penajaan Ramadan dari broker. Program ini adalah sebahagian daripada 'Great Vision Charity association' (GVCA, Persatuan Amal Visi Hebat) yang lebih luas, yang tertumpu kepada kepentingan pendidikan dan peranannya dalam masyarakat. GVCA sangat aktif dalam komuniti yang kurang bernasib baik.

Di Nigeria, dua inisiatif Ramadan—kedua-duanya bersama Keeping It Real Foundation— menyerlah: Projek YES dan projek 'Sudut bacaan'.

Melalui Youth Employability Skills (YES) Project, KIR Foundation telah melatih lima puluh muda-mudi yang menganggur atau kurang pekerjaan, berumur lapan belas hingga tiga puluh lima tahun, yang tidak dapat menamatkan persekolahan. Daripada lima puluh pelajar, sembilan ada orang kurang upaya—mencerminkan sifat inklusif golongan ketidakupayaan dalam projek itu. Ia menampilkan duta jenama OctaFX, Ambrose Ebuka, sebagai tetamu istimewa—beliau telah mengadakan bengkel pembelajran yang berharga mengenai pelaburan kepada para pelatih. Semasa bengkel pembelajaran tersebut, beliau memberitahu mereka tentang pelbagai peluang pelaburan dan memberi nasihat praktikal tentang cara-cara memulakan pelaburan dalam pasaran kewangan.

Bagi projek 'Reading corners", KIR Foundation dan OctaFX telah mengedarkan beratus-ratus buku ke sekolah-sekolah di seluruh negara—antaranya adalah sebuah sekolah rendah di Musa Yar'Adua, Negeri Katsina. Projek itu menjadi peluang pertama de facto untuk kanak-kanak memulakan perjalanan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris mereka, kerana tidak ada tempat lain yang dekat untuk mendapatkan buku yang berkaitan.

Di Pakistan, broker global ini telah terlibat dan masih terlibat dalam projek HES—atau Program 'Health, Education & Safety" untuk kanak-kanak di daerah Muzaffargarh. Inisiatif ini telah dilancarkan bersama Association for Women's Awareness and Rural Development (AWARD).

Badan amal tersebut menerajui usahanya untuk meningkatkan taraf kesihatan, pendidikan dan keselamatan kanak-kanak di dua belas kawasan luar bandar di Muzzafargarh, Punjab. Pelan sesi pertengahan penggal projek selanjutnya mempunyai cita-cita yang tinggi, tapi sangat penting: sesi keselamatan untuk mencegah kanak-kanak daripada penderaan seksual, keganasan dan eksploitasi bersama kanak-kanak dan komuniti, pendaftaran kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekolah.

Walaupun 2022 adalah tahun yang penuh peristiwa dan membuahkan hasil dari segi aktiviti amal Ramadan, tahun ini pula dirancang untuk sekurang-kurangnya menyamai usaha untuk kebaikan, pemberian, dan amal jariah—dalam syarikat, komuniti pedagang dan pelabur, dan komuniti Islam secara keseluruhannya.

Sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam sambutan Ramadan tahun ini dan menyambut bulan suci 2023 bersama-sama dengan OctaFX, anda boleh mengetahui terma dan syarat dan menyertai kempen dengan melawati laman web broker.



Hashtag: #OctaFX

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
About OctaFX
About OctaFX
adalah broker antarabangsa yang telah menyediakan perkhidmatan dagangan atas talian untuk seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses tanpa komisen kepada pasaran kewangan dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh klien dari 180 negara dengan lebih daripada 21 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan, artikel dan alatan analisis percuma yang mereka sediakan membantu klien mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat juga terlibat dalam rangkaian inisiatif amal dan kemanusiaan yang komprehensif, termasuk pembaharuan terkini dalam infrastruktur pendidikan dan projek bantuan notis pendek yang menyokong komuniti tempatan.

OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 60 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker Global Dalam Talian Terbaik 2022' daripada World Business Outlook dan anugerah 'Broker Global Asia Terbaik 2022' daripada International Business Magazine.

SUMBER:

OctaFX

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

07 Apr 2023

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG