abrdn Islamic World Equity Fund raikan ulang tahun ke-10



Dana patuh Shariah tawarkan pelaburan terpelbagai, pertumbuhan mampan dan kestabilan untuk hadapi keadaan pasaran yang dinamik

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 9 Mac 2023 - abrdn pada hari ini menyambut ulang tahun ke-10 abrdn Islamic World Equity Fund. Dana tersebut melabur dalam pelbagai sektor dan negara, memberikan pertumbuhan modal dan juga kestabilan kepada pelabur dalam sektor seperti IT, komunikasi, budi bicara pengguna dan penjagaan kesihatan.

Gerald Ambrose, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) abrdn Islamic Malaysia Sdn Bhd, berkata: "Dalam suasana geopolitik yang semakin tegang dan ketidakpastian ekonomi, kami percaya amat penting untuk melabur dalam portfolio yang terpelbagai di peringkat global, yang mampu mengharungi ketidakstabilan pasaran dan memanfaatkan potensi pertumbuhan. Dengan pertumbuhan terkompaun sebanyak 7.2% setahun sepanjang tempoh 10 tahun lepas, abrdn Islamic World Equity Fund telah mencapai pertumbuhan mampan bagi pelabur Malaysia dan membolehkan mereka mencapai matlamat simpanan untuk jangka panjang masing-masing. Saya yakin bahawa pasukan cermelang kami akan terus menjana nilai pelaburan dalam semua keadaan pasaran untuk tempoh beberapa dekad lagi."

Sejak dilancarkan pada Februari 2013, dana Islam global yang berpengkalan di Malaysia ini berusaha menghasilkan peningkatan modal jangka panjang menerusi pelaburan dalam ekuiti patuh shariah dan sekuriti berkaitan ekuiti. Dana bermodal MYR 577 juta[1] ini mempunyai tenaga kerja yang khusus untuk menjamin kepatuhan, termasuk pegawai pematuhan Shariah, di samping saringan dan pemantauan Shariah oleh sebuah Penasihat Shariah bebas. Syarikat-syarikat berlandaskan Shariah lazimnya mempunyai tahap hutang yang lebih rendah berbanding firma konvensional, dan syarikat dengan hutang lebih rendah, terutamanya semasa kemelesetan, dapat memberi fokus terhadap operasi perniagaan masing-masing serta tidak perlu berasa bimbang terhadap aliran tunai, dan dengan itu berada pada kedudukan yang lebih kukuh bagi menjana pertumbuhan yang mantap untuk pelabur.

Pendekatan pemilihan saham menggunakan strategi 'bottom-up' yang diadaptasi oleh abrdn membolehkan pelaburan dibuat dalam syarikat-syarikat berkualiti yang menjana aliran pendapatan lebih stabil, mempunyai margin keselamatan lebih tinggi dan mampu mengharungi masa depan yang tidak menentu dengan lebih kukuh. Matlamat ini dapat dicapai dengan memanfaatkan kepakaran seramai lebih 120 anggota pasukan pelaburan ekuiti yang beroperasi di 13 pasaran di seluruh dunia [2], menggabungkan pengetahuan domestik serta perspektif global. Analisa penyelidikan amat penting dalam proses pelaburan kami dan sebahagian besar daripada analisa penyelidikan saham dilaksanakan oleh tenaga profesional pelaburan kami sendiri.

Martin Connaghan, pengurus bersama abrdn Islamic World Equity Fund dan Pengarah Pelaburan Ekuiti Global, berkata: "Sementara kita terus menghadapi persekitaran global yang mencabar, kami mahu mengekalkan kepelbagaian portfolio yang tertumpu kepada perniagaan-perniagaan yang berada pada kedudukan terbaik untuk menangani tekanan kewangan dan memanfaatkan peluang apabila pasaran lebih stabil. Kami yakin kelemahan pasaran akan membuka peluang bagi pelabur jangka panjang. Oleh yang demikian, kami menekankan kepentingan portfolio yang pelbagai dengan pendekatan pelaburan menggunakan strategi 'bottom-up' yang akan memberi tumpuan terhadap kualiti. Dalam keadaan stabil atau sebaliknya , portfolio ini menawarkan pertumbuhan mampan dan kestabilan apabila diperlukan. Kejatuhan pasaran tidak dapat dielakkan, tetapi kami menggunakan pendekatan berasaskan pasukan untuk mencari peluang pelaburan patuh Shariah yang terbaik bagi pelanggan, tanpa mengambil kiira persekitaran luaran."

abrdn memulakan operasi di Kuala Lumpur pada 2005 dan mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam menguruskan portfolio global, serantau dan domestik dengan aset di bawah pengurusan mencecah USD 800 juta [3].



[1] abrdn. pada 31 Januari 2023
[2] abrdn. Pada 31 Disember 2022
[3] abrdn. Pada 31 Disember 2022




Hashtag: #abrdn

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai abrdn
Mengenai abrdn
Di abrdn, kami membolehkan pelanggan kami merancang, menabung dan melabur untuk masa depan mereka.

Kami menstrukturkan perniagaan kami berasaskan tiga bidang – dan ketiga-tiganya mencerminkan tumpuan kami untuk membolehkan pelanggan kami menjadi pelabur yang lebih baik:

  • Pelaburan: Kami bekerjasama dengan pelanggan untuk mencari penyelesaian meliputi kelas aset, serantau dan pasaran di peringkat global – menggabungkan penyelidikan pelbagai lapisan dan hasil analisis pasaran dengan teknologi dan pemilihan yang terpelbagai.
  • Penasihat: Kami menawarkan platform teknologi peneraju pasaran dan alat yang membolehkan pengurus kekayaan dan penasihat kewangan UK untuk membuka peluang lebih besar bagi perniagaan dan pelanggan mereka.
  • Peribadi: Kami membantu orang ramai di UK merancang masa depan kewangan mereka – menerusi perkhidmatan perancangan kewangan dan pelaburan digital kami.
Dalam perniagaan pelaburan, penasihat dan peribadi, kami menguruskan dan mentadbir aset bernilai £500 bilion untuk pelanggan kami, dan abrdn plc mempunyai lebih daripada 1 juta pemegang saham. (Perangkaan pada 31 Disember 2022)

abrdn.com

Disclaimer

Investors should read and understand the master prospectus dated 25 April 2022 in respect of abrdn Islamic World Equity Fund (collectively, "Master Prospectus") as well as the Product Highlights Sheet in respect of AIWEF which can be obtained at our office or from any of our approved distributors, or seek relevant professional investment advice, before making any investment decision. A copy of the Master Prospectus has been registered with the Securities Commission of Malaysia ("the SC"). Investors should consider the fees and charges involved before investing. Investments in the unit trusts are not deposits in, obligations of, or guaranteed or insured by abrdn Islamic Malaysia Sdn. Bhd. (the "Manager"), and are subject to investment risks, including the possible loss of the principal amount invested. Unit values and income therefrom may fall or rise. Past performance is not indicative of future performance. Units will only be issued on receipt of the application form referred to in and accompanying the Master Prospectus, subject to the terms and conditions therein. Investors are advised to read and understand the contents of the unit trust loan financing risk statement before deciding to borrow/seek financing facility to purchase units.

The information herein shall not be disclosed, used or disseminated, in whole or part, and shall not be reproduced, copied or made available to others. The Manager reserves the right to make changes and corrections to the information, including any opinions or forecasts expressed herein at any time, without notice.

The registration of the Master Prospectus dated 25 April 2022 with the SC does not indicate that the SC recommended or endorsed the product and service. This document has not been reviewed by the SC.

abrdn Islamic Malaysia Sdn. Bhd.
Registration Number: 200801026015 (827342-W)
SUMBER:

abrdn

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

09 Mar 2023

Siaran Pers Sebelumnya

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG