Penipuan semasa Black Friday: elakkan penipu dalam talian dengan 5 petua keselamatan berguna



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 22 November 2022 - OctaFX telah menyediakan senarai petua keselamatan yang berguna semasa Black Friday dan Cyber Monday tahun ini.

OctaFX-Black-Friday.jpeg

Penipuan dalam talian semasa jualan Black Friday dan Cyber Monday telah menjadi kebimbangan yang besar baru-baru. Dengan semakin ramai orang yang membuat pembelian, semakin mudah untuk penipu dan penggodam menggunakan beberapa teknik canggih mereka untuk menipu pelanggan yang tidak mengesyaki bahawa mereka akan ditipu. Mari lihat beberapa penipuan yang mungkin anda temui semasa musim membeli belah akan datang dan cara untuk mengelakkannya.

5 penipuan utama beli belah dalam talian yang perlu diketahui

Lima penipuan membeli belah dalam talian yang paling lazim kebanyakannya tertumpu sama ada kepada penyamaran penjual terkenal atau helah kejuruteraan sosial, yang biasanya berakhir dengan serangan pancing data yang bertujuan untuk mencuri identiti dalam talian anda. Keupayaan untuk mengenalpastinya adalah penting dalam tempoh ini apabila segala-galanya di sekeliling anda menimbulkan rasa terdesak dan juga rasa bimbang (dalam kes ini, bimbang akan terlepas promosi yang ditawarkan).

Penipuan peruncit palsu

Semasa kegilaan membeli belah ini, adalah sukar untuk mengenal pasti semua tawaran yang memikat dan dari mana sumbernya. Anda boleh berada di laman web dengan URL yang hampir serupa dengan alamat peruncit yang terkenal dan dipercayai tanpa disedari. Laman web ini mungkin kelihatan sangat serupa dengan yang sebenar. Walau bagaimanapun, ia akan digunakan untuk mencuri kelayakan log masuk anda, maklumat kad bank, dan juga wang anda, sekiranya anda membuat pesanan melaluinya.

Penipuan iklan palsu

Jika sesuatu tawaran kedengaran seperti sukar untuk dipercayai, ia mungkin sesuatu yang palsu. Berhati-hati dengan iklan yang menjanjikan tawaran yang tidak masuk akal. Ia mungkin kelihatan seperti peruncit yang sah (seperti yang diterangkan di atas) atau cuba untuk membangunkan jenama mereka sendiri. Mereka mungkin cuba membuatkan anda membayar untuk barangan yang anda tidak akan terima, mencuri maklumat pembayaran anda untuk digunakan dalam penipuan lain, atau kedua-duanya. Sebelum memasukkan sebarang maklumat sensitif, periksa bahawa URL adalah sah, dan jika ulasan di laman web ulasan yang dipercayai adalah positif.

Penipuan pesanan palsu

Penipu mungkin menghantar e-mel kepada anda dengan sama ada pesanan yang mereka dakwa anda telah lakukan atau dengan nombor penjejakan untuk beberapa pesanan anda. E-mel tersebut biasanya dihantar daripada alamat e-mel ‘jebakan tipo’ (typosquatting) yang agak sukar untuk dikenal pasti, terutamanya semasa membeli belah dalam keadaan tergesa-gesa. Jika anda memuat turun fail yang dilampirkan kepada e-mel tersebut atau mengklik pada pautan di dalamnya, penggodam boleh menyuntik perisian hasad ke dalam komputer anda dan mencuri kelayakan log masuk atau maklumat pembayaran anda.

Penipuan media sosial

Semasa perayaan, pempengaruh di media sosial—khususnya, Instagram—sering menawarkan pemberian hadiah percuma dan penipu mungkin mencipta pemberian hadiah yang serupa dengan menyamar untuk menjadi seorang yang terkenal. Dalam hantaran seperti itu, mereka menyertakan pautan yang melencongkan pengguna kepada laman web pancingan yang digunakan untuk mencuri data peribadi pengguna.

Satu lagi penipuan yang sering dilihat di media sosial adalah pengiklanan palsu yang melencongkan pengguna ke laman web berniat jahat yang serupa atau gedung peruncit terkenal yang ditiru.

Penipuan kebajikan palsu

Semasa musim perayaan, pastikan bahawa wang yang anda dermakan tidak disalurkan kepada penipu yang menyediakan tabung kebajikan palsu untuk mengekploitasikan semangat kebajikan yang sedang memuncak. Tabung kebajikan yang sah tidak akan sesekali menggesa anda untuk menderma ‘dengan pantas’ atau ‘bertindak sekarang’. Tabung kebajikan palsu juga akan meminta derma dalam bentuk kad hadiah, pindahan wang, mata wang kripto, dan kaedah lain yang membuatkan dana yang anda pindahkan kepada mereka mustahil untuk dikesan dan dituntut semula.

Petua untuk membeli belah semasa Black Friday

Adalah sukar untuk mengenal pasti semua penipuan yang wujud. Namun, terdapat beberapa petua berguna yang akan memastikan anda kekal selamat semasa Black Friday dan Cyber Monday yang akan datang.

● Membeli belah hanya dengan peruncit dalam talian yang sah. Periksa ulasan dan penilaiannya jika anda ingin membuat pembelian dengan laman web yang anda tidak pernah lihat sebelum ini.

● Cari simbol kunci dalam bar alamat, yang mengesahkan bahawa sambungan anda selamat dan tidak boleh digunakan untuk mencuri data peribadi anda.

● Jangan gunakan rangkaian Wi-Fi awam. Penggodam boleh melihat aktiviti anda. Jika anda masih perlu menggunakannya, dayakan VPN—ia akan menyulitkan trafik internet anda, menjadikannya mustahil untuk dipintasi oleh penipu.

● Gunakan pengesahan dua faktor untuk mengesahkan identiti anda sebagai keselamatan tambahan melalui pemberitahuan e-mel, telefon pintar, PIN, cap jari atau pengecaman muka.

● Jangan simpan kad bank anda dengan mana-mana kedai dalam talian. Apabila membeli sesuatu di internet, pastikan laman web yang anda gunakan boleh dipercayai dan selamat.

● Jangan klik mana-mana pautan yang mencurigakan atau memuat turun lampiran daripada e-mel yang mencurigakan. Semak semula maklumat yang anda terima dengan gedung dalam talian jika anda memerlukan pengesahan sama ada alamat e-mel tersebut adalah sah.

Dengan mengikuti petua di atas, anda akan lebih selamat semasa musim perayaan tahun ini. Walau bagaimanapun, jangan biarkan rasa ingin tergesa-gesa dan FOMO menghilangkan sikap berwaspada anda— penipu dan penggodam boleh mengambil kesempatan daripadanya.



Hashtag: #OctaFX

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
About OctaFX
About OctaFX
merupakan sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses kepada pasaran kewangan yang bebas komisen dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh pelanggan dari 150 buah negara dengan lebih daripada 12 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel dan alat analitik yang disediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat ini terlibat dalam rangkaian komprehensif inisiatif amal dan kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan dan projek bantuan notis pendek yang menyokong komuniti dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

Selain itu, OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 50 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik' 2021 daripada World Finance dan anugerah 2022 'Broker Global Terbaik Asia' daripada International Business Magazine.

SUMBER:

OctaFX

KATEGORI:

Technology

DIPUBLIKASIKAN PADA:

22 Nov 2022

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG