Alphacelle Perkenalkan Penyelesaian Sel Stem Bersepadu Untuk Menangani Penyakit Degeneratif Yang Kian Meningkat Dalam Kalangan Rakyat Malaysia



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 2 November 2022 - Bilangan warga emas Malaysia dianggarkan mencecah 2.4 juta atau 7.5% daripada jumlah penduduk negara secara keseluruhannya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk berusia 60 tahun dan ke atas meningkat setiap tahun. Malah Malaysia bakal menjadi sebuah negara ‘warga emas’ menjelang 2030, dengan penduduk berusia lebih 60 tahun membentuk 15.3% daripada populasi. Ini bermakna dalam tempoh 8 tahun akan datang, seorang daripada setiap 6 orang berusia lebih 60 tahun.

(Dari kiri) Dr. Lee, Dato' Dr. Rajbans Singh, Lew Mun Yee (Presiden & Pengasas AlphaCelle), Chan Suet Fong & Dr. Billy di pra-pelancaran AlphaCelle

Hakikat ini membawakan ancaman yang agak besar kepada industri penjagaan kesihatan Malaysia dan juga kepada masyarakat secara umum, dan meningkatkan kadar kelaziman penyakit biasa, kronik dan degeneratif serta kekurangan imun yang boleh mengakibatkan kehilangan upaya, keilatan dan kebergantungan kepada orang lain dan juga kematian awal dalam kalangan rakyat negara. Di samping itu, kejadian penyakit Alzheimer dijangka meningkat dengan kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia menghidap Alzheimer.

Rawatan masa depan bagi penyakit degeneratif bukan dalam bentuk ubat mahupun pembedahan, tetapi menerusi terapi sel. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang menjalankan kajian terhadap terapi perubatan regeneratif (RMT) mendapati bahawa terapi sel tunjang ialah penyelesaian yang berdaya maju untuk memulihkan fungsi organ menerusi penghasilan semula dan pembaikan fungsi tisu-tisu yang rosak.

Terdapat dua jenis sel tunjang manusia – Sel Stem Hematopoietik (HSC), yang ditemui di dalam darah tali pusat, sumsum tulang & darah periferi dan Sel Stem Mesenkima (MSC), yang ditemui di dalam Jeli Wharton tali pusat, sumsum tulang, tisu lemak dan pulpa gigi. MSC lebih berkesan kerana sel ini membawa dan membebaskan pelbagai faktor tumbesaran untuk pembaikan dan pemulihan pelbagai bahagian organ.

Memperkenalkan AlphaCelle – terapi sel stem bersepadu pertama dunia yang menggabungkan sel stem, elektrik potensi tinggi dan eksosom. AlphaCelle memperolehi sel stem secara beretika daripada tali pusat wanita yang muda dan sihat selepas mereka bersalin di hospital, menjamin bekalan sel stem mesenkima (MSC) yang bertenaga dan bermutu tertinggi.

Sel-sel stem kemudian diproses dengan kaedah bioteknologi paling canggih dalam persekitaran paling bersih, mengikut Amalan Pengilangan Baik Semasa (cGMP) yang mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA).

Lebih penting lagi, sel stem mesenkima yang hidup mempunyai tempoh kritikal 8 jam dari proses penyahbekuan daripada bentuk krio-beku kepada pemberian secara intarvena untuk memastikan sel terus hidup dan menjamin kualiti yang tinggi. Di samping itu, AlphaCelle menggunakan kandungan isu padu tinggi MSC "passage 2", iaitu yang paling berkualiti.

En. Lew Mun Yee, Presiden & Pengasas AlphaCelle menekankan bahawa kemujaraban terapi sel stem meningkat apabila digabungkan dengan terapi elektrik potensi tinggi yang menulenkan darah dan meningkatkan peredaran di dalam badan, yang kemudian mengoptimumkan penyebaran sel stem. Alat perubatan elektrik potensi tinggi menggalakkan kelenaan tidur dan meningkatkan peredaran darah, lantas membolehkan MSC untuk sampai ke bahagian badan yang diperlukan untuk penjanaan semula dan pembaikan sel-sel yang lemah dan rosak.

Janji jenama AlphaCelle ialah “Life Anew” atau “Nafas Baru Kehidupan” yang membayangkan bahawa menerusi perubatan regeneratif, semua orang akan diberi nafas baharu, tampak lebih muda dan bebas daripada kesakitan. Misinya ialah untuk membawakan terapi sel stem kepada setiap rakyat Malaysia. Pendek kata, AlphaCelle berusaha membantu melengahkan penuaan, mengurangkan penyakit supaya rakyat Malaysia boleh menikmati kehidupan lebih sihat dan bermaruah pada usia emas.

AlphaCelle baru-baru ini menganjurkan satu bengkel pendidikan awam bersama panel pengamal perubatan untuk membincangkan masa depan terapi regeneratif.

Dr Lee Tjen Jhung, Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia berkata bahawa 15% daripada kematian di Malaysia berpunca daripada sakit jantung – pembunuh nombor 1 di negara ini dan di seluruh dunia. “Walaupun sakit jantung lazimnya dirawat dengan ubat, angioplasti dan pembedahan pintasan, terapi regeneratif berasaskan sel kini semakin popular dalam bidang kardiovaksuklar disebabkan keupayaan MSC untuk menggalakkan pembentukan tiub baharu EC untuk membekalkan darah baharu bagi tisu iskemia, di samping merangsang pembentukan salur darah baharu,” kata Dr Lee.

Dato’ Dr Rajbans Singh, Perunding Perubatan, Pakar Geriatrik dan Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia, berkata berasaskan penyelidikan penuaan dan kajian klinikal selama bertahun-tahun, sel stem didapati penting untuk menentang penuaan. “Semasa lahir, badan manusia mempunyai kira-kira 80 juta sel stem aktif yang berfungsi dan menjelang umur 40 tahun, tidak sampai 25 juta sel stem aktif masih berfungsi. Penuaan menyebabkan kehilangan sejumlah besar sel stem dl dalam badan apabila organ dan tisu tidak dapat dibaiki dan dihasilkan semula, menyebabkan badan mengalami penuaan dan kemerosotan secara beransur-ansur,” katanya.

Dr Billy Lee, pakar terapi sel stem yang telah mengkaji keberkesanan MSC sebagai ubat regeneratif dan antipenuaan, berkata MSC yang dikumpulkan di pusat ini digunakan untuk merawat ATAU memulihkan beberapa masalah termasuk kecederaan ortopedik, trauma otak, penyakit kardiovaskular, penyakit metabolisme, kemerosotan sendi dan penyakit neurodegeneratif. “Dari segi rawatan degeneratif yang menyeluruh, manfaat yang kami perolehi daripada terapi sel stem akan meningkat secara eksponen dengan penambahan eksosom dan elektrik potensi tinggi. Eksosom mengandung banyak faktor tumbesaran dan sitokin yang bertindak sebagai ‘penggalak’ untuk merangsang peningkatan aktiviti MSC, seterusnya memanjangkan dan memaksimumkan kesan MSC.” kata Dr Lee.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.alphacelle.com dan facebook.com/AlphaCelle



Hashtag: #Alphacelle

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
SUMBER:

AlphaCelle

KATEGORI:

Healthcare

DIPUBLIKASIKAN PADA:

02 Nov 2022

Siaran Pers Sebelumnya

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG