Kenanga Investment Bank Dinobat Rumah Sekuriti Terbaik Malaysia 2022



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 21 Julai 2022 - Kenanga Investment Bank Berhad ("Kenanga"), bank pelaburan bebas terkemuka di Malaysia, telah dinobatkan sebagai Rumah Sekuriti Terbaik Malaysia 2022 pada Anugerah Rumah Sekuriti Terbaik Asiamoney 2022.

Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad.
Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad.

Anugerah berprestij itu mengiktiraf kecemerlangan rekod prestasi Kenanga Investment Bank pada tahun 2021, sebagai pengiktirafan terhadap kekukuhan aliran pendapatan Kumpulan itu yang terpelbagai serta pangkalan pelanggannya yang berkembang pesat.

"Ia satu penghormatan besar kepada kami untuk menerima pengiktirafan ini. Sebagai jenama tempatan dengan sejarah hampir 50 tahun di negara ini, kami telah berkembang secara kukuh, daripada sebuah syarikat broker saham yang sederhana, sehinggalah kepada sebuah bank pelaburan serba lengkap hari ini. Kemajuan berterusan kami adalah berkat daya tahan, inovasi dan dedikasi pasukan kami, serta keyakinan dan sokongan daripada lebih setengah juta pelabur serta peniaga Malaysia yang merupakan pelanggan kami," ulas Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad.

"Melangkah ke hadapan, kami akan kekal fokus untuk mengukuhkan asas perniagaan kami serta tawaran digital dan infrastruktur kami, bagi memastikan kami dapat terus membawa penyelesaian kewangan yang terbaik kepada pelanggan," tambah Datuk Chay.

"Sungguhpun menghadapi pasaran global dan domestik semasa yang tidak menentu, pengalaman luas kami dalam menangani kitaran serta keadaan pasaran yang berlainan selama bertahun-tahun ini, akan meletakkan kami dalam kedudukan yang kukuh," kata Datuk Chay.

Kumpulan itu kekal sebagai broker saham runcit yang terbesar dan paling pesat berkembang dengan bahagian pasaran melebihi 25% setakat 31 Mac 2022, iaitu meningkat 3.0% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Menerusi usaha sama dengan Rakuten Trade, iaitu platform pembrokeran saham dalam talian sepenuhnya, Kumpulan itu telah berjaya memperoleh lebih 245,000 akaun dagangan sejak bermulanya kolaborasi itu. Malah, pelanggan boleh menantikan lebih produk dan ciri nilai tambah baharu yang menarik di platformnya, sekali gus membuka jalan kepada pengalaman pengguna yang lebih lancar dan optimum.

Pada Februari 2022, Kumpulan itu telah melancarkan Kenanga Digital Investing (KDI), iaitu platform pengurusan pelaburan digital yang dipacu Kecerdasan Buatan (AI) sepenuhnya, yang dibangunkan bagi memudahkan cara rakyat Malaysia menyimpan dan melabur. Sungguhpun baru dilancarkan, produk itu telah melepasi RM200 juta dalam aset di bawah pengurusan (AUM).

Anugerah Rumah Sekuriti Terbaik Asiamoney 2022 menilai firma-firma sekuriti domestik dari 12 pasaran di Asia, dan kemenangan ditentukan melalui maklumat daripada liputan harian rantau ini, tinjauan dan data proprietari, jadual liga (league tables)[1] serta temu bual dan sumber pihak ketiga.



[1] Jadual liga (league tables) bermaksud senarai yang menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi seperti pasukan sukan atau perniagaan jika dibandingkan dengan organisasi lain yang serupa.




Hashtag: #Kenanga

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
About Kenanga Investment Bank Berhad (197301002193 (15678-H))
About Kenanga Investment Bank Berhad (197301002193 (15678-H))
Established for more than 45 years, Kenanga Investment Bank Berhad (the Group) is a financial group in Malaysia with extensive experience in equity broking, investment banking, treasury, Islamic banking, listed derivatives, investment management, wealth management, structured lending and trade financing with strong foundations in regulatory compliance and risk management.

An innovative and established home-grown brand, the Group's digital ambition includes building a robust digital ecosystem that meets the needs of its clients and businesses. Some of its game-changing products includes Malaysia's fully online digital stockbroking platform Rakuten Trade and a fully A.I. robo-advisor, Kenanga Digital Investing. The Group also launched Malaysia's first securities broking e-wallet, Kenanga Money, paved the way in AI-led Quan and algorithmic trading, kick-started a revolutionary supply chain financing solution for SMEs and made inroads into the digital assets space through its investment in Tokenize Technology (M) Sdn.Bhd.

The Group has garnered a host of awards and accolades reflecting its strong market position. It was awarded under the categories of Highest Returns to Shareholder Over Three Years, Best Overall Equities Participating Organisation by Bursa Malaysia, Best Overall Derivatives Trading Participant, Best Structured Warrant Issuer, Best Retail Equities Participating Organisation, Best Institutional Equities Participating Organisation Investment Bank; along with Best Trading Participant and Best Institutional Equities Participating Organisation and for Equity and Financial Derivatives for 18 consecutive years. The Group was also accorded the title of Best Institutional Derivatives Trading category by Bursa Malaysia.

The Group continues to be a regular and repeat recipient of distinguished industry accolades, such as the Lipper, Fundsupermart and Morningstar awards. Rakuten Trade, Malaysia's first fully digital securities broker in 2017 via a joint venture with Japanese fintech giant Rakuten Securities Inc was also named Malaysia's fintech company of the year in 2018 by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). For its continued efforts towards community outreach and employee volunteerism, the Group was awarded the coveted Company of the Year award for environmental and sustainability at Sustainability & CSR Malaysia Awards 2021. The Group is also a Participant of the United Nations Global Compact and adheres to its principle-based approach to responsible business.

Today, Kenanga Investment Bank Berhad is an award-winning leading independent investment bank in the country with a continuous commitment towards driving collaboration, innovation, digitalisation and sustainability in the marketplace.
SUMBER:

Kenanga

KATEGORI:

Business & Finance

DIPUBLIKASIKAN PADA:

21 Jul 2022

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG