ITSU World memperkenalkan pelan pembayaran fleksibel iaitu "ITSU Syoook Sewa" yang membolehkan pembeli untuk memilih tempoh pembayaran balik.



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 14 Jun 2022 - Ramai kata 2021 adalah tahun yang penuh kekacauan dan ketahanan – secara mental dan fizikal. Dengan penyakit COVID-19, penutupan dan sekatan, kerja terlalu banyak, penjagaan kanak-kanak, persekolahan di rumah dan banyak lagi membuatkan ramai orang di negara kita semakin lemas secara kolektifnya. Sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan berpangkalan di Malaysia menemui jalan untuk mengurangkan kepenatan fizikal dan mental berterusan yang dialami dengan pelancaran ITSU Syoook Sewa.

Kerusi urut ini dicipta untuk orang yang mengalami stress, kebimbangan, depresi yang disertakan sekali dengan aplikasi pengurusan gaya hidup dan semakan tekanan darah pada program kerusi urut ini.

Untuk memudahkan pelanggan memiliki seunit kerusi urut, syarikat ada memperkenalkan pelan pembayaran fleksibel iaitu "ITSU Syoook Sewa" yang membolehkan pembeli untuk memilih tempoh pembayaran balik atau fi bulanan.

Penyelenggaraan Percuma
Jenama ini mempunyai Pasukan Khidmat Pelanggan untuk membantu pelanggan jika terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan pada bila-bila masa sahaja.

Pelanggan mendapat servis percuma setiap enam bulan termasuk sekali semakan kebersihan, program, ujian, permukaan dan prestasi produk.

Berminat untuk memiliki kerusi urut? Dengan ITSU Syoook Sewa, anda boleh mendapat akses sehingga empat pelan serendah RM128 setiap bulan.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati https://itsu.world/my/ atau ikuti mereka di Facebook
@ITSUWORLD

Tentang ITSU
ITSU World adalah syarikat penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang telah memenangi banyak anugerah dengan lebih 50 stor di Malaysia, Hong Kong, Indonesia dan banyak saluran pengedaran lain.

Perkataan "ITSU" berasal dari frasa bahasa Jepun "御手" (bermaksud "sentuhan diraja"). ITSU menggabungkan teknologi canggih dengan teknik urutan tradisional untuk mencapai kenikmatan unggul seperti diurut dengan tangan dan membolehkan semua orang menikmatinya bertahun-tahun.

Setiap pengalaman datang dengan ketabahan dan semangat. Kami kekal ringkas berpandukan prinsip – Memberikan Pengalaman Sebenar Sensei. Dengan lebih daripada 20 tahun dalam industri refleksologi, kami bersemangat untuk belajar dan pada masa yang sama mengekalkan teknik lama dan tradisional serta amalan yang digunakan oleh ahli terapi urutan.


Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
SUMBER:

ITSU World

KATEGORI:

Retail

DIPUBLIKASIKAN PADA:

14 Jun 2022

Siaran Pers Sebelumnya

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG