Wak Doyok dan Fizo Omar bersembang tentang kewangan bersama-sama dengan OctaFX



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 2 Mei 2022 - Broker global, OctaFX, bersama-sama dengan duta jenamanya, Fizo Omar dan Wak Doyok, akan melancarkan projek pendidikan yang bermatlamat untuk menyebarkan pengetahuan mengenai kewangan dan pelaburan.


Pakar fesyen Malaysia, Wak Doyok, dan pelakon popular, Fizo Omar, yang baru-baru ini menjadi duta jenama pertama OctaFX di Malaysia, akan berkongsi pengetahuan kewangan dan pengalaman pelaburan mereka sebagai sebahagian daripada projek baru broker. Inisiatif ini bermatlamat untuk meningkatkan celik kewangan di Malaysia, keperluan yang semakin dibincangkan di peringkat negara.

Menurut Kaji Selidik Celik Kewangan Malaysia 2021, kebanyakan rakyat Malaysia boleh memperbaiki tabiat kewangan mereka. Lebih kurang 43 peratus daripada mereka terdedah kepada kejutan kewangan kerana mereka berbelanja lebih daripada pendapatan mereka, dan 57 peratus tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan lebih daripada tiga bulan sekiranya mereka kehilangan punca pendapatan.

Walaupun belia Malaysia lebih suka untuk menggunakan e-dompet dan melabur dalam aset digital berbanding populasi yang lebih berusia, mereka sebenarnya lebih cuai berbanding ibu bapa mereka dalam hal berkenaan dengan tabiat kewangan. Oleh itu, isu celik kewangan kekal relevan untuk kebanyakan masyarakat di Malaysia.

OctaFX berusaha keras untuk menyumbang kepada isu ini dengan memberikan akses langsung dan mudah kepada maklumat mengenai kewangan. Sesiapa sahaja yang ingin menyertai boleh bertanya sebarang soalan mengenai wang atau perancangan kewangan kepada Wak Doyok dan Fizo Omar, dan selebriti ini akan menjawab berdasarkan pengalaman peribadi mereka dalam berdagang dan melabur. Menghantar soalan adalah mudah melalui halaman projek atau dengan meninggalkan komen di Facebook atau Instagram OctaFX. Broker akan menyiarkan jawapan kepada soalan paling menarik secara berkala di media sosialnya.

Fizo Omar berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek ini dan percaya akan misinya.

'Kami memutuskan untuk menggunakan format Soal Jawab untuk menjadikan pendidikan boleh diakses dengan lebih mudah—dan saya teruja untuk berkongsi pengetahuan saya,' kata pelakon tersebut. 'Sesiapa yang berminat dengan kewangan boleh menyertainya—anda tidak perlu menjadi pelanggan broker. Secara peribadi, saya percaya bahawa semua orang boleh menjadi tuan kepada wang mereka, tetapi ia memerlukan celik kewangan.'

Wak Doyok juga merasakan bahawa beliau mempunyai banyak pengalaman peribadi untuk dikongsikan:

'Saya telah mempelajari tentang dan menguji kaedah pelaburan yang berbeza selama bertahun-tahun. Berdagang telah menjadi cara yang paling saya gemari untuk mengekalkan dan mengembangkan modal saya. Semasa pandemik, saya menyedari bahawa saya telah melakukan perkara yang betul dengan mempelbagaikan sumber pendapatan saya kerana ia memberikan saya kedudukan yang lebih selamat. Melabur boleh menjadi pendapatan kedua—ia sesuatu yang saya syorkan kepada semua orang untuk dipertimbangkan secara serius.'

Warga Malaysia berpeluang untuk bertanya soalan mereka mengenai kewangan dan pelaburan kepada duta jenama OctaFX sehingga 20 Jun. Pengarang soalan terbaik akan menerima hadiah lumayan, manakala dua orang pemenang tempat pertama akan berpeluang untuk meluangkan masa selama sehari bersama-sama Wak Doyok atau Fizo Omar. Mereka akan dapat melihat cara selebriti mampu menguruskan kerja yang mencabar dan pelaburan mereka dalam kehidupan seharian.


Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX
adalah sebuah broker global yang telah menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Syarikat ini terlibat dalam rangkaian kebajikan dan inisiatif kemanusiaan secara komprehensif, termasuk menambahbaik infrastruktur pendidikan, projek bantuan segera, menyokong komuniti setempat dan perusahaan kecil hingga sederhana. Dalam wilayah APAC, ia dapat meraih anugerah 'Sedekad Kecemerlangan dalam Forex Asia 2021', anugerah 'Akaun FX Islamik Terbaik 2020', dan anugerah 'Broker CFD Terbaik Asia Pasifik 2020' oleh Global Banking and Finance Review, World Finance, dan Cfi.Co, masing-masing.
SUMBER:

OctaFX

KATEGORI:

Digital Currency : Cryptocurrency

BACA DALAM:

English

DIPUBLIKASIKAN PADA:

02 May 2022

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG