Ramadan ini, pedagang boleh menyokong pertubuhan kebajikan bersama-sama dengan OctaFX



OctaFX akan mengumpulkan dana untuk aktiviti kebajikan semasa bulan Ramadan bersama-sama pelanggannya. Dagangan yang aktif adalah apa yang diperlukan untuk menyumbang kepada tujuan murni ini.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 13 April 2022 - Broker Forex antarabangsa, OctaFX, melancarkan kempen kebajikan Ramadan tahunannya, yang bertujuan untuk menyokong komuniti setempat dengan membiayai aktiviti kemanusiaan di pelbagai wilayah di dunia. Broker ini menjemput pelanggannya untuk menyertai dedikasi kempen dagangan di mana setiap 100 lot yang mereka dagangkan antara 4 dan 29 April akan meningkatkan dana kebajikan sebanyak 3 USD dari dananya sendiri.


Sepanjang tempoh tiga musim Ramadan, OctaFX telah membantu merealisasikan beberapa projek kebajikan melalui kerjasama dengan organisasi kemanusiaan di Indonesia, Malaysia, Nigeria, dan Pakistan.

Bekerjasama dengan Pertubuhan PERTIWI, setiap bulan, OctaFX mengedarkan produk asas dan penjagaan kanak-kanak kepada 80 keluarga yang mempunyai kanak-kanak di Malaysia. Projek ini bermula tahun lepas semasa bulan Ramadan apabila OctaFX dan PERTIWI menjalankan pengagihan pertamanya di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Dalam usaha untuk menyokong pendidikan dan insentif celik huruf di Nigeria, OctaFX telah bekerjasama dengan pertubuhan KIR dan menyediakan lapan sudut membaca dengan 1,200 buku di Abuja, Ibadan, Lagos, dan Port Harcourt.

Kerjasama OctaFX dengan Pertubuhan JDC telah menghasilkan pusat bimbingan IT dengan perkakasan bantuan pengajaran di Pakistan. Broker ini juga telah membiayai mesin untuk pusat dialisis percuma di seluruh negara sebagai sebahagian daripada projek ini.

Tahun ini, dengan kempen dagangan Ramadan yang istimewa ini, pelanggan OctaFX boleh menyokong projek sosial penting yang menyokong pendidikan, perubatan, dan komuniti setempat dalam beberapa wilayah paling tidak berkemampuan di dunia.

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX
adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan segala-galanya yang seseorang perlukan untuk mencapai matlamat pelaburan mereka, menyediakan syarat dagangan terbaik yang telah pun digunakan oleh 7.5 juta pelanggan di seluruh dunia.

Syarikat ini terlibat dalam rangkaian komprehensif inisiatif kebajikan dan kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan segera, menyokong komuniti setempat dan perusahaan kecil hingga sederhana.

#OctaFX

SUMBER:

OctaFX

KATEGORI:

Business

BACA DALAM:

English

DIPUBLIKASIKAN PADA:

13 Apr 2022

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT
#Bitcoin|CryptoCurrencies|NFT #Finance

26 May 2022

OctaFX wins Best Mobile Trading Platform award at Forex Brokers Award 2022

#Bitcoin|CryptoCurrencies|NFT #Finance

02 May 2022

Wak Doyok and Fizo Omar talk about finance together with OctaFX

Hubungi Media OutReach hari ini

HUBUNGI KAMI SEKARANG