Anchor Food Professionals Berkongsi Kelazatan dan Kemakmuran dengan Mentega Anchor Ramadan ini



Buat persiapan Lebaran dengan Pengalaman Keemasan Sebenar menerusi Sesi Demo dan Resepi Membuat Kuih Raya Klasik

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 4 April 2022 - Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, Anchor Food Professionals mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan dengan kempen yang bermakna lagi bermanfaat, dalam menerapkan semangat perpaduan dan keberkatan. Dengan harapan lebaran tahun ini akan disambut meriah selepas dua tahun dikekang pandemik, umat Islam teruja membuat persiapan menyambut Raya 2022 dengan penuh kesyukuran kerana kini mereka dapat beraya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

AFP-1.jpg

Anchor Food Professionals telah menyediakan pelbagai aktiviti perayaan yang menarik menerusi kempen 'Jom Raya, Jom Anchor', untuk berkongsi kebaikan Mentega Anchor New Zealand dan menikmati kelazatannya yang pasti meninggalkan kenangan Raya yang indah. Mentega Anchor New Zealand berkualiti tinggi ini boleh digunakan untuk menyediakan juadah dan kuih Raya kegemaran rakyat Malaysia seperti kuih semperit dan juga sajian seperti ayam atau udang mentega dan banyak lagi.

Dengan kepakaran tenusu selama 135 tahun, Anchor yang diyakini oleh lebih 10,000 pengusaha restoran, suri rumah yang gemar membuat kuih, dan pengusaha kafe-kafe di seluruh Malaysia dan Brunei memberikan bantuan nasihat professional dan bekalan produk-produk dan akan terus melalukannya dengan menjadi sebahagian daripada perayaan Aidilfitri tahun ini. Mentega Anchor diperbuat daripada 100% susu New Zealand asli dan mempunyai rasa yang lazat, lembut, dan berkrim, menjadikannya satu keperluan untuk setiap isi rumah pada bulan Ramadan dan Hari Raya ini. Tanpa sebarang aditif, pengawet, dan pewarna tambahan, Mentega Anchor disyorkan untuk menyediakan sajian yang benar-benar lazat yang memberi nikmat rasa tersendiri, manakala resipi kuih-muih raya yang menggunakan Mentega Anchor juga memberikan warna keemasan yang menarik.

Untuk menghidupkan lagi semangat di bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, Anchor Food Professionals telah mengaturkan inisiatif-inisiatif yang menarik, khususnya mereka yang gemar membuat kek dan roti di rumah, chef, dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Rangkaian aktiviti ini akan bermula dengan sesi berkongsi resipi oleh chef profesional Anchor menerusi siaran langsung di Facebook Live pada 21hb April 2022 jam 8:30 malam. Penonton berpeluang untuk mempelajari cara-cara membuat Biskut Semperit Lemak Bercheese- biskut raya yang pasti menambat hati dan selera mereka yang tersayang Aidilfitri ini.

Anchor Food Professionals akan juga menganjurkan Kelas Dalam Talian 'Jom Baking Bersama Anchor' yang dibuka kepada orang ramai untuk memberi peluang mempelajari petua dan teknik membuat kuih daripada pakar profesional industri pada 16th April 2022 jam 11 pagi. Di samping itu, sepanjang bulan April, Anchor Food Professionals akan juga berkongsi inspirasi membuat kuih Raya dengan pelbagai resipi yang diilhamkan oleh Anchor di laman Facebook dan Instagram. Anchor juga telah menyediakan pelbagai resepi yang beraneka rasa antaranya termasuk biskut klasik seperti Kuih Semperit dan Biskut Makmur, aneka kuih moden seperti Biskut Kastengel dan Brown Butter Cornflake Crunch.

"Kami benar-benar teruja dengan persiapan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi; dan kami telah merancangkan pelbagai inisiatif dengan harapan untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan mencipta pelbagai resipi yang kreatif dan mendekati komuniti dengan cara yang lebih bermakna. Ramadan dan Syawal ialah bulan-bulan yang penuh keberkatan, dan kami ingin berkongsi keberkatan ini dengan rakan-rakan dan pelanggan setia kami," kata Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia.

Untuk menambah lagi pengalaman kempen menarik ini, Anchor Food Professionals menganjurkan 'Peraduan Jom Raya, Jom Anchor', dari 1 Mac – 2 Mei 2022, yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM69,000. Untuk menyertai Peraduan 'Jom Raya, Jom Anchor' ini, peserta hanya perlu memuat naik resit pembelian produk Anchor bernilai sekurang-kurangnya RM30.

AFP-2.jpg

Menerusi peraduan 'Jom Raya, Jom Anchor', Anchor berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pakar-pakar masakan dan PKS serta mereka yang gemar membuat kuih dengan mengilhamkan aneka resipi kuih-muih lazat untuk memberikan pengalaman Raya yang tidak dapat dilupakan. Untuk maklumat lanjut mengenai Anchor Food Professionals dan kempen Raya, sila ke laman web rasmi Anchor Food Professionals, atau ikuti perkembangan semua inisiatif ini menerusi www.instagram.com/anchorfp.my dan www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY.

Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai Anchor Food Professionals
Mengenai Anchor Food Professionals
Pasukan perkhidmatan makanan Anchor Food Professionals terdiri daripada pakar-pakar perunding sebenar; yang bekerja di sebalik tabir untuk menghasilkan tawaran rasa dan produk baharu yang lazat dan menarik untuk chef, pembuat roti/kek, pengusaha katering, dapur komersil, hotel, restoran, restoran makanan segera dan kafe. Pasukan ini membantu perniagaan dalam segala aspek operasi mereka – baik persembahan hadapan kedai, penetapan harga, dan promosi mahupun memberikan idea-idea menu baharu yang menarik, dengan matlamat untuk menjana hasil dan menambah kelazatan rasa. Anchor Food Professionals menggunakan kefahaman mereka tentang pelanggan, serta kepakaran tenusu mereka dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan Fontera yang mendalam untuk menghasilkan produk tenusu yang bermutu tinggi.

#AnchorFoodProfessionals

SUMBER:

Anchor Food Professionals

KATEGORI:

Business

BACA DALAM:

English

DIPUBLIKASIKAN PADA:

04 Apr 2022

Siaran Pers Sebelumnya

Hubungi Media OutReach hari ini

HUBUNGI KAMI SEKARANG