OctaFX melanjutkan tawaran dagangannya dengan 25 mata wang kripto baharu



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 18 March 2022 - Broker Forex antarabangsa, OctaFX, baru-baru ini telah menambah 25 mata wang kripto baharu yang dipasangkan dengan dolar A.S., sedia untuk didagangkan dalam perkhidmatannya mulai 14 Mac 2022.


Imbasan ringkas pasaran

Seluruh pasaran mata wang kripto bergolak disebabkan tiadanya kepastian tentang arah tuju bitcoin selepas ini. Setelah pulih daripada paras terendahnya pada 34,750 dolar A.S. pada 24 Februari, mata wang kripto pertama dunia ini berada dalam gerakan mengufuk dengan aliran menaik tak berkala dengan beberapa peserta pasaran mempunyai sedikit sentimen bullish. Ketika pengumuman ini ditulis, bitcoin berlegar tinggi sedikit di atas 39,000 dolar A.S.

Sehingga baru-baru ini, OctaFX menawarkan lima mata wang kripto sahaja (Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Ripple), semuanya dipasangkan secara eksklusif dengan dolar A.S. Mulai hari ini, sesiapa sahaja boleh mula berdagang mana-mana daripada 30 pasangan mata wang kripto.

Berikut adalah senarai sepuluh daripada 25 pasangan baharu yang telah ditambah oleh broker Forex global ini:

● Solana (SOL)

● Cardano (ADA)

● Binance Coin (BTB)

● Matic (MATIC/POLYGON)

● Cosmos (ATOM)

● ZCash (ZEC)

● Decentraland (MANA)

● Polkadot (DOT)

● Chainlink (LINK)

● Avalanche (AVAX).

Mata wang kripto yang baharu ini adalah antara yang tertinggi dalam pemodalan pasaran, menjadikannya pilihan yang popular untuk pedagang berpengalaman yang ingin mengelakkan ketaktentuan dan memanfaatkan peluang pasaran sepenuhnya.

Semua pasangan ini didatangkan dengan nisbah leveraj maksimum 1:25. Untuk melihat senarai lengkap mata wang kripto yang tersedia, sila layari laman web rasmi OctaFX.




Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
About OctaFX
About OctaFX
adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Ia menawarkan segala-galanya yang seseorang perlukan untuk mencapai matlamat pelaburan mereka, menyediakan syarat terbaik yang telah digunakan oleh 7.5 juta pelanggan di seluruh dunia.

Syarikat ini terlibat dalam rangkaian komprehensif kebajikan dan inisiatif kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan tidak dijangka, menyokong komuniti setempat dan perusahaan kecil hingga sederhana.

Di samping itu, OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 45 anugerah sejak penubuhannya termasuk anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia' pada tahun 2021 daripada Global Banking & Finance Review dan anugerah 'Broker ECN Terbaik' pada tahun 2021 oleh World Finance.

#OctaFX
SUMBER:

OctaFX

KATEGORI:

Business

BACA DALAM:

English

DIPUBLIKASIKAN PADA:

18 Mar 2022

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG