Vantage Data Centers Memuktamadkan Pemerolehan PCCW DC untuk Membawa Platform Pusat Data Hiperskala Terbaik dalam Kelasnya ke Hong Kong dan Kuala Lumpur
Pencapaian susulan pengumuman kemasukan Vantage ke rantau Asia Pasifik, termasuk pemerolehan Agile Data Centers
HONG KONG SAR - Media OutReach - 6 Disember 2021 - Vantage Data Centers, penyedia global
terkemuka kampus pusat data hiperskala dan pelabur utamanya, Digital Bridge
Group, Inc., hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan pemerolehan
perniagaan pusat data PCCW Ltd (PCCW DC). Pengambilalihan tersebut
memperluaskan platform pusat data Vantage untuk merangkumi 100MW kapasiti sedia
ada dan pengembangan merentasi pelbagai kemudahan di Hong Kong dan Kuala Lumpur
serta merupakan sebahagian daripada pengembangan strategik syarikat ke Asia
Pasifik yang diumumkan sebelum ini pada September, yang turut termasuk pemerolehan Agile Data Centers.
48MW Pusat Data Vantage Data Centers di Tsuen Wan West, Hong Kong, sedang dalam pembangunan.
Brian
Groen menyertai Vantage selaku Presiden APAC daripada PCCW DC. Giles Proctor
yang sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden Vantage APAC, kini Ketua Pegawai
Operasi Perniagaan Vantage di Asia-Pasifik.
"Penutupan
pengambilalihan kedua ini adalah bahagian penting kepada pengembangan pesat
kami dalam pasaran utama Asia-Pasifik," kata Sureel Choksi, Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage Data Centers. "Kami kini mempunyai sejumlah 23
kampus di lima benua yang dipimpin oleh pasukan serantau yang sangat
berpengalaman, termasuk Brian Groen dan Giles Proctor. Saya teruja untuk Brian
dan Giles bekerjasama dalam peranan baharu mereka untuk menerajui perniagaan
APAC sambil kami terus berkembang dan meluas untuk memenuhi permintaan
pelanggan yang semakin meningkat di seluruh dunia."
Pencapaian ini membolehkan Vantage menawarkan
perkhidmatan pusat data di Hong Kong dan Kuala Lumpur, dua
pasaran pertumbuhan tinggi di rantau APAC.
"Asia
Pasifik ialah rantau pertumbuhan tinggi dengan syarikat berskala besar, awan
dan perusahaan yang memerlukan platform infrastruktur digital global seperti
kami untuk mengembangkan perniagaan mereka," kata Jon Mauck, Pengarah Urusan
Kanan bagi Pengurusan Pelaburan DigitalBridge. "Vantage kini berada dalam
kedudukan untuk menjadi peneraju pembekal dalam pasaran ini dengan pantas dan
menawarkan produk unggul dengan kebolehpercayaan yang tinggi, kelajuan pantas
ke pasaran dan komitmen terhadap kemampanan."
Hari
ini, Vantage mengukuhkan kedudukan dan berkembang di Amerika Utara, EMEA serta
Asia Pasifik. Syarikat itu memperoleh AS$1.5 bilion dalam ekuiti tambahan
daripada kumpulan pelabur yang diketuai oleh Pengurusan Pelaburan DigitalBridge
dengan penyertaan daripada pelabur Vantage sedia ada lain, untuk menyegerakan
peluasan di APAC.
"Hong
Kong dan Kuala Lumpur merupakan hab sambungan yang tiada tandingan bagi
syarikat yang menjalankan perniagaan di seluruh Asia," kata Groen. "Kami
mempunyai saluran jualan yang kukuh dengan kemudahan sedia ada dan beberapa
pembangunan lapangan hijau sedang dijalankan untuk menyokong perniagaan
pelanggan kami yang semakin berkembang. Jika anda sebuah syarikat berskala
besar, pembekal awan atau perusahaan global yang besar, kami boleh memenuhi
keperluan anda di pusat perniagaan terkemuka di seluruh rantau ini."
Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Perihal Vantage Data Centers
Vantage Data Centers memberi kuasa,
menyejukkan, melindungi dan menghubungkan teknologi hiperskala, penyedia awan
dan perusahaan besar yang terkenal di dunia. Membangun dan beroperasi merentasi
lima benua di Amerika Utara, EMEA dan Asia Pasifik, Vantage telah mengembangkan
reka bentuk pusat data dengan cara yang inovatif untuk menyampaikan keuntungan
dramatik dalam kebolehpercayaan, kecekapan dan kemampanan dalam persekitaran
fleksibel yang boleh memenuhi permintaan pasaran dengan pantas.
DigitalBridge Group, Inc. (NYSE: DBRG) ialah
REIT infrastruktur digital global yang ternama. Dengan warisan lebih 25 tahun
melabur dan mengendalikan perniagaan merentas ekosistem digital termasuk menara
sel, pusat data, gentian, sel kecil dan infrastruktur canggih, pasukan
DigitalBridge menguruskan portfolio aset infrastruktur digital bernilai $35
bilion bagi pihak rakan kongsi terhadnya dan para pemegang saham. DigitalBridge
beribu pejabat di Boca Raton dengan pejabat-pejabat utama di Los Angeles, New
York, London dan Singapura.