Signitory: Penyelesaian eTandatangan Penyah-tipuan Dapat Membantu Perniagaan Menjimatkan Masa dan Wang



  • Penyelesaian eTandatangan Signitory menyelesaikan masalah keselamatan siber dan penipuan dengan menyelaraskan keseluruhan proses ke dalam satu aplikasi di mana rekod dilejar pada blok rantai.
  • Pemilik perniagaan dapat mengurangkan tempoh masa yang digunakan untuk merancang kontrak serta mengumpulkan tandatangan.


KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 6 September 2021 - Pemilik perniagaan kini menghadapi kesukaran untuk menyediakan serta menandatangani kontrak sewaktu wabak pandemic kini. Proses menghasilkan perjanjian elektronik kalis gangguan serta memastikan ketulenan penandatangan jarak jauh agaklah mencabarkan. Ianya merangkumi pelbagai masalah seperti pencurian identiti, penipuan dokumen, dan penipuan digital lain yang selaras dengan penghantaran dokumen elektronik melalui Internet. Pelancaran aplikasi penyelesaian eTandatangan unik oleh Signitory buat masa ini adalah tepat, dan amatlah sesuai pada masanya untuk menangani cabaran ini.

 

Menurut Tinjauan Jenayah dan Penipuan Ekonomi Global 2020 oleh PwC, jumlah kos penyelewengan e-jenayah ini telah mencecah nilai sebanyak AS $42 bilion. Ini adalah wang yang diambil terus dari perolehan sesebuah syarikat. 13% daripada mereka yang pernah mengalami penipuan menyatakan bahawa mereka telah kehilangan lebih daripada AS $50 juta. Tinjauan oleh PwC menyenaraikan risiko umum seperti penipuan pelanggan, jenayah siber, dan penyelewengan aset. Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) turut berhadapan dengan risiko yang sama seperti sebuah syarikat multinasional.

 

Mengikut kaedah lama, proses penyediaan dokumen perjanjian elektronik serta pengumpulan tandatangan adalah amat rumit. Ianya juga tertakluk kepada pelbagai masalah. Perniagaan biasanya akan menggunakan pelbagai perisian atau aplikasi bagi menyediakan dokumen elektronik. Perjanjian elektronik ini dikirim melalui cara yang tidak selamat seperti perkhidmatan e-mel awam atau aplikasi pengutus sembang terbuka, mendedahkan perniagaan kepada risiko keselamatan siber yang boleh mendedahkan rahsia syarikat.

 

Sebelum melancarkan Signitory, kedua-dua pengasas syarikat, iaitu KC Lai dan Carlo Chung, mendapati bahawa masalah ini agak mencabarkan. Mereka sedia maklum tentang bilangan dokumentasi yang diperlukan dalam Syarikat Multinasional (MNC) dan PKS. Dokumentasi amat diperlukan dalam syarikat masing-masing untuk segala aktiviti rasmi yang merangkumi daripada pemeteraian perjanjian sehingga penambahan pekerja baharu. Oleh itu, mereka ingin menyediakan satu cara pemahaman yang ringkas, selamat serta berteknologi-tinggi untuk membantu perniagaan melengkapkan dokumen dengan mudah, cepat, dan selamat.

 

Oleh kerana KC dan Carlo memiliki pengalaman luas dalam mewujudkan serta penutaran masalah perniagaan melalui penyelesaian perusahaan dan teknologi Blockchain, mereka telah menubuhkan syarikat Signitory untuk memberikan golongan usahawan serta para profesional dengan suatu penyelesaian penandatanganan tanpa masalah yang lengkap. Bagi mengekalkan syarat kawal-selia dan kesahihan kontrak, KC dan Carlo menggabungkan teknologi terunggul Blockchain, SaaS dan eKYC  (Kenali Pelanggan Anda Elektronik) ke dalam sistem Signitory bagi menghasilkan satu penyelesaian yang benar-benar unik dan patuh selia.

 

Penyelesaian eTandatangan Signitory menyelesaikan masalah keselamatan siber dan penipuan dengan menyelaraskan keseluruhan proses ke dalam sebuah aplikasi semua dalam satu - yang bakal dicatatkan dan dilampirkan ke dalam Blockchain. Aliran kerja ini merangkumi penghasilan dan penyuntingan sehingga fasa pengesahan oleh para penerima, dan ini bagi memastikan keseluruhan transaksi adalah selamat.

 

Teknologi yang berasaskan Blockchain daripada syarikat Signitory ini gian melindungi dokumen elektronik yang ditandatangani agar ia tidak boleh diubah. Ia juga dapat mengesan jika sesuatu rekod elektronik yang ditandatangani telah diubah dalam apa jua cara sekalipun. Selain itu, penyelesaian eKYC Signitory dengan rakaman pergerakan muka dengan video yang disertakan ke dalam dokumen pengenalan rasmi dapatlah mengesahkan ketulenan dan pengenalan daripada para-penandatangan bagi memastikan pengesahan identiti yang tepat sebelum dokumen ditandatangani.

 

Kini, semua perniagaan dapat memanfaatkan penyelesaian yang mudah digunakan yang telah dibangunkan oleh KC dan Carlo. Syarikat ini telah mengeluarkan panduan komprehensif untuk pengurusan eContract dan eSignature pada harga yang berpatutan untuk perniagaan daripada pelbagai saiz. Tambahan lagi, promosi terbaru Signitory, Un-Real $2 Deal sangat sesuai untuk mana-mana usahawan atau profesional yang ingin menggunakan penyelesaian eSignature bagi menjimatkan masa dan wang. Bagi mendapatkan tawaran ini, sila kunjungi https://www.signitory.com.

 

"Kami ingin menjadikannya semudah mungkin bagi golongan usahawan untuk terus memeterai perjanjian dan membangunkan perniagaan mereka. Inilah sebabnya kami kini menawarkan promosi "Un-Real $2 Deal", yang menawarkan penjimatan besar untuk pakej-permulaan kami," kata Victor Yong, Pengurus Pemasaran di Signitory.

 

Tawaran syarikat penyelesaian eTandatangan ini tiba tepat pada masanya. Menghasilkan kontrak tradisional berasaskan kertas dan mendapatkan tandatangan semasa era Covid adalah suatu perkara yang mencabar bagi kebanyakan organisasi. Statistik terkini menunjukkan bahawa perbezaan masa bagi mendapatkan dokumen yang ditandatangani secara tradisional adalah 5 hari berbanding 37 minit melalui eSignature.

 

"Menurut kajian mengenai penyelesaian eTandatangan, 78.62% daripada perniagaan menyatakan bahawa aplikasi eTandatangan membantu menjimatkan wang, dengan mengambil kira kos bahan cetak, pentadbiran, penghantaran dan langganan. Terdapat juga purata pengurangan sebanyak 80% dalam masa pusing balik menggunakan eTandatangan. Data ini adalah bukti kepada keberkesanan eTandatangan dalam landskap kewangan dan perniagaan." kata KC Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Signitory.

 

Signitory ditawarkan melalui Google Playstore di https://www.signitory.com/. Signitory akan melancarkan versi Apple App Store tidak lama lagi.


Latar belakang Signitory:
Latar belakang Signitory:

Pada tahun 2020, Kee Choy Lai dan Carlo Chung telah menubuhkan Signitory bagi menghasilkan penyelesaian yang komprehensif untuk menandatangani dokumen atau perjanjian dengan menerapkan blok rantai ke dalam sistem mereka. Matlamat utama Signitory adalah untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai dengan meningkatkan kecekapan serta koordinasi dalam pengurusan perniagaan mereka. Signitory menggunakan teknologi blok rantai dan aplikasi digital tambahan yang dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanan dalam sesebuah perniagaan.


#Signitory

SUMBER:

Signitory Services Sdn. Bhd.

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

06 Sep 2021

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT

Hubungi Media OutReach hari ini

HUBUNGI KAMI SEKARANG