MSIG Melancarkan Gluco SafeGuard



Penanggung Insurans Am yang Pertama Melancarkan Produk Inovatif untuk Penghidap Pra-Diabetes dan Diabetes Jenis 2


Pemegang Polisi Akan Diberikan Ganjaran Jika Menguruskan Keadaan Diabetes Dengan Berkesan

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA Media OutReach - 23 April 2019 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)" telah melancarkan insurans khusus untuk peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang bertambah yang didiagnosis dengan penyakit Pra-diabetes dan Diabetes Jenis 2.

 

MSIG Gluco SafeGuard mengenal pasti bahawa berjuta rakyat Malaysia yang menghidap Pra-diabetes dan Diabetes Jenis 2 menghadapi kesukaran untuk mendapat perlindungan insurans kesihatan, kerana kebanyakan polisi insurans kesihatan tradisional mengecualikan penyakit sedia ada (keadaan perubatan yang diketahui sewajarnya oleh Orang yang Diinsuranskan sebelum pembelian insurans).

 

Insurans Gluco SafeGuard memberi perlindungan komprehensif untuk pelbagai penyakit dan rawatan sama seperti yang ditawarkan oleh pelan insurans biasa, tetapi ditambah dengan perlindungan dan jaminan kepada pesakit diabetes. Gluco SafeGuard telah dirangka khusus untuk memberi lebih ketenangan fikiran kepada pesakit diabetes, yang mungkin boleh dibebani dengan ketidakpastian dan kos tambahan, serta komplikasi tuntutan apabila melanggani polisi insurans kesihatan biasa, lebih-lebih lagi jika diabetes menjadi faktor penyebab penyakit dan rawatan mereka.

 

Satu lagi ciri utama insurans Gluco SafeGuard MSIG ialah ianya disertakan secara inovatif bersama dengan akses premium percuma ke Aplikasi Pengurusan Diabetes (Health2Sync) yang diperuntukkan untuk membantu pemegang polisi memantau dan menguruskan diabetes mereka dengan berkesan.

 

Akses premium ke aplikasi Health2Sync, akan membolehkan pemegang polisi memantau sendiri dengan menjalankan ujian glukosa darah dan hemoglobin mereka secara tepat dan tetap pada waktunya. Ia juga akan mengesyorkan gaya hidup dan diet yang sihat untuk membantu pemegang polisi mencapai paras gula darah yang lebih sihat. Pemegang polisi yang bertanggung jawab dan konsisten melakukan ujian mereka dan merekodkan hasilnya dalam Aplikasi itu sendiri boleh menikmati pengurangan premium sehingga 40% semasa pembaharuan polisi seterusnya, tertakluk kepada kriteria kelayakan dan taja jamin.

 

Aplikasi ini diperuntukkan untuk menggalakkan disiplin diri dalam pengurusan kesihatan, yang membezakan Gluco Safeguard dengan beberapa tawaran insurans berkaitan diabetes lain yang bergantung hanya pada satu ujian terlebih dahulu sebelum pembaharuan polisi. Gluco SafeGuard memberi ganjaran kepada pemegang polisi yang mengekalkan gaya hidup sihat secara konsisten dan tidak semata-mata untuk jangka masa yang singkat. Satu lagi perbezaan utama produk MSIG ialah tiada insurans bersama (perkongsian kos penjagaan kesihatan antara Orang yang Diinsuranskan dengan Syarikat Insurans) yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi semasa kemasukan ke hospital.

 

Malaysia mempunyai kadar tertinggi Diabetes di Asia dan salah satu daripada yang tertinggi di dunia. Menurut angka yang dikeluarkan oleh International Diabetes Federation (IDF), kini (2019) terdapat kira-kira 3.6 juta orang dewasa yang didiagnosis menghidap penyakit diabetes di Malaysia, meningkat dari 3.5 juta pada tahun 2017. Di samping itu, diagnosis penyakit diabetes ke atas orang dewasa di antara umur 18 dan 35 telah meningkat sebanyak 300% dalam tempoh 15 tahun yang lalu, menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, 27 Mac 2019, The Malaysian Reserve.

 

Encik Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata "Diabetes jelas merupakan masalah besar di Malaysia, sebab itulah kami memilih untuk melancarkan produk Gluco SafeGuard yang berinovatif ini yang direka khusus untuk pesakit pra-diabetes dan diabetes jenis 2. Objektif kami bukan sahaja memberi ketenangan fikiran kepada pelanggan kami supaya mereka dapat menangani kerumitan akibat kewangan yang meningkat, tetapi juga menyediakan alat untuk membantu mereka memahami dan mengurus keadaan dengan cara yang berkesan. "Encik Chua menjelaskan, "Di MSIG kami 'mengamati erti untuk setiap perkara yang anda hargai' dan kerana itulah kami rasa tanggungjawab untuk menggalakkan dan memberi pelanggan kami membuat pilihan untuk mengurangkan kesan keadaan mereka dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Inilah sebabnya kami menyediakan penggunaan keahlian premium percuma di Aplikasi Health2Sync sebagai sebahagian daripada dasar 'Gluco SafeGuard', disertakan dengan  beberapa ganjaran untuk menggalakkan penggunaannya. Kami berharap pendekatan ini bukan sahaja akan memberi manfaat secara langsung kepada pelanggan kami, tetapi juga sedikit sebanyak memainkan peranan dalam membantu negara menangani wabak diabetes."

 

Maklumat lanjut mengenai polisi insurans 'Gluco SafeGuard' MSIG, anda boleh mengklik untuk melihat video ciri produk di sini: https://youtu.be/pOnzaTF2zEk. Pihak yang berminat juga boleh menghubungi Penasihat Insurans MSIG atau layari www.msig.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh** syarikat insurans am terulung di dunia.

 

Berbekalkan pengalaman insurans am selama lebih 100 tahun dan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia,  MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am utama dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor dan No.1* dalam Kargo Marin, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.

 

Pada 2015, MSIG Malaysia diiktiraf sebagai "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia atas usahanya menambah baik pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalam Pengurusan Risiko Perusahaan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari www.msig.com.my atau facebook.com/MSIGMalaysia.

 

*Pada Dis 2018

**Fortune Global 500, 2018.

SUMBER:

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

23 Apr 2019

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT
#Insurance #Automobile

27 April 2023

MSIG Launches "EZ-Mile" Motor Add-On

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG