MSIG Menyalurkan RM170,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Peralatan dan Bekalan Perubatan bagi Hospital dan Kakitangan Penjagaan Kesihatan Barisan Hadapan



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 29 Mac 2020 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", dengan segera menyalurkan RM170,000 untuk menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membeli peralatan dan bekalan perubatan tambahan bagi hospital-hospital terutamanya kakitangan penjagaan kesihatan yang berada di barisan hadapan, membantu memastikan mereka dilindungi semasa penularan wabak COVID-19.

 

Encik Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif, MSIG Malaysia berkata, "Kami amat prihatin terhadap kesejahteraan sesama rakyat Malaysia pada masa senang dan susah. Wabak COVID-19 kini telah menyebabkan tekanan luar biasa pada sistem penjagaan kesihatan kita terutamanya mereka yang berada di barisan hadapan yang berani mempertaruhkan kesihatan mereka sendiri demi menjaga keselamatan rakyat. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk membuat sumbangan segera ini demi mengurangkan beban KKM dan membantu memastikan barisan hadapan kita dilindungi dengan baik, bagi membolehkan mereka melakukan tugas untuk menjaga semua orang."

 

"Kami berharap sumbangan ini mampu membawa perubahan yang ketara, bukan sahaja dalam menambah bekalan barisan hadapan tetapi juga untuk mendorong mereka supaya mengingati bahawa mereka tidak bersendirian dalam hal ini, dan semua rakyat Malaysia, entiti korporat dan juga individu, sedang memainkan peranan untuk mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan kita yang sedang berada dalam keadaan tertekan ini - sekurang-kurangnya dengan mengikuti garis panduan KKM dan Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah. Kita mesti terus bersatu sebagai sebuah negara sewaktu krisis ini supaya rakyat Malaysia boleh kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa secepat mungkin."

 

Bagi menzahirkan rasa terima kasihnya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min berkata, "Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan, dan seterusnya, semua hospital dan pesakit amat menghargai budi baik MSIG Malaysia sebagai organisasi korporat yang prihatin."

 

MSIG Malaysia juga telah menyediakan Laman Facebook mereka (https://www.facebook.com/MSIGmy) untuk kakitangan dan rakan-rakan kongsi mereka menghantar kata-kata dorongan kepada kakitangan  penjagaan kesihatan dengan meletakkan 'tag' kepada Kementerian Kesihatan. Ini menunjukkan semangat kebersamaan dan peringatan kepada semua untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, dan menunjukkan rasa penghargaan mereka kepada pekerja penjagaan kesihatan di barisan hadapan.




Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh** syarikat insurans am terulung di dunia.

 

Berbekalkan pengalaman insurans am selama lebih 100 tahun dan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia,  MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am utama dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor dan No.1* dalam Kargo Marin, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.

 

Kepakaran MSIG Malaysia diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij yang diterima selama ini. Pengiktirafan tersebut termasuk anugerah "Penanggung Insurans Hartanah dan Kemalangan Cemerlang di Malaysia" 2018 dalam Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia (InsuranceAsia News). MSIG Malaysia mendapat sanjungan tinggi kerana menerajui pasaran dengan pertumbuhan kewangan yang kukuh, pelaburan dalam inovasi produk, keupayaan digital dipertingkatkan dalam sistem pengurusan tuntutan dan perniagaan dan tawaran perkhidmatan pelanggan yang kukuh. Komitmen kami kepada kecemerlangan pelanggan juga membolehkan MSIG Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia pada 2015, sebagai tanda penghargaan atas usahanya menambah baik pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalamm Pengurusan Risiko Perusahaan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari https://www.msig.com.my/ atau https://www.facebook.com/MSIGmy.

 

*Pada Dis 2019

**Fortune Global 500, 2019.

SUMBER:

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

29 Mar 2020

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT
#Insurance #Automobile

27 April 2023

MSIG Launches "EZ-Mile" Motor Add-On

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG