MSIG Menekankan Kepentingan Keselamatan Jalan Raya dangan Menaja Anggota Badan Elektronik Prostetik



MSIG Membolehkan Sujana Mohd Rejab Membina Anggota Badan Prostetik Cetakan 3D Bagi Mangsa Yang Telah Menjalani Amputasi

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 14 Oktober 2019 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", telah berkerjasama dengan dermawan berhati mulia, Sujana Mohd Rejab, untuk membolehkannya mereka bentuk dan membina anggota badan prostetik kawalan elektronik untuk tiga mangsa kemalangan jalan raya.

 

Sujana, seorang bekas guru yang sekarang menjalankan perniagaan percetakan 3D di Perak, mempelajari sendiri teknik untuk membina anggota badan prostetik (anggota palsu) selepas menjalankan penyelidikan dalam talian dan membeli beberapa perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD), dan juga mesin percetakan 3D. Sejak beberapa tahun yang lalu, beliau telah menghasilkan lebih 50 anggota badan prostetik untuk kanak-kanak yang memerlukan -- tetapi kebanyakannya merupakan anggota badan prostetik manual kerana anggota badan prostetik dengan kawalan elektronik yang lebih besar adalah lebih mahal untuk dihasilkan.

 

Selari dengan sokongan korporatnya kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu -- khususnya SDG3 (memastikan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua di semua peringkat umur), dan komitmen berterusannya kepada keselamatan jalan raya, MSIG sebagai salah sebuah syarikat insurans motor yang terkenal di Malaysia mengambil keputusan untuk memberi sokongan dan sumber tambahan kepada Sujana untuk membolehkannya membina tiga anggota badan prostetik khusus untuk tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya. MSIG percaya bahawa sokongan mereka untuk tujuan ini bukan sahaja  membawa perubahan bermakna ke dalam hidup tiga penerima yang mendapat manfaat secara langsung, tetapi juga akan mengingatkan rakyat Malaysia akan pentingnya keselamatan di jalan raya.

 

Tiga penerima bertuah ini telah dipilih oleh Sujana daripada banyak permintaan yang diterima selepas mencipta nama dalam bidang ini. Mereka termasuk En. Mohamad Safian bin Abdullah, tukang cuci berumur 27 tahun dari Johor, yang telah kehilangan lengan kanan dalam kemalangan motosikal tujuh tahun dahulu; dan En. Mukhtar bin Mahmud, bekas guru berusia 63 tahun dari Negeri Sembilan, yang juga telah kehilangan lengan kanannya dalam kemalangan kereta baru dua tahun lepas.

 

Proses membina anggota badan prostetik amat rumit dan memakan masa. Proses bermula dengan Sujana bertemu dengan penerima untuk mengambil ukuran secara terperinci yang kemudian dimasukkan ke dalam komputer. Sebaik sahaja proses ini dilakukan, Sujana memulakan proses pengeluaran bahagian-bahagian yang perlu dengan menggunakan pencetak 3D dan memasang semua bahagian menjadi anggota prostetik yang lengkap. Selepas itu, satu lagi pertemuan perlu diadakan dengan penerima untuk sesi pemasangan dan ujian anggota badan prostetik tersebut, bagi membolehkan anggota badan prostetik diperhalusi dan disempurnakan menurut keperluan penerima. Proses ini boleh mengambil masa selama beberapa bulan, lebih-lebih lagi kerana Sujana perlu bertemu penerima (yang berasal dari berlainan tempat di Malaysia) secara bersemuka.

 

MSIG ialah penaja korporat pertama yang memberikan sumbangan secara langsung kepada pembikinan anggota badan prostetik kawalan elektronik ciptaan Sujana. Beliau berharap untuk mendapat sokongan berterusan daripada syarikat korporat seperti MSIG bagi membolehkannya menggiatkan lagi usaha membantu mereka yang memerlukan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, Encik Chua Seck Guan, berkata, "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Sujana Mohd Rejab dalam projek ini. Beliau adalah seorang yang berwawasan dan inovatif, sentiasa mengambil berat dan bersedia untuk membantu -- dan kami teruja kerana dapat membantu beliau melakukan ini."

 

Menurut Encik Chua lagi, "Kami harap sokongan kami kepada Sujana dapat membantu mengetengahkan isu keselamatan jalan raya di Malaysia. Sebanyak 548,598 kemalangan jalan raya dilaporkan pada 2018, kedua paling tinggi di rantau ini. Angka ini menunjukkan kenaikan 12% sejak 2015. Sebagai salah sebuah syarikat insurans motor yang terulung di Malaysia, kami mahu menggalakkan orang ramai berhati-hati dan menjaga keselamatan semasa menggunakan jalan raya. Kemalangan jalan raya boleh membawa maut dan jika tidak sekalipun, tetap boleh membawa kesan serius dan menjejaskan kehidupan orang ramai. Sungguhpun kami berharap sokongan kami kepada Sujana akan menambah baik kualiti hidup penerima, kami benar-benar ingin menyebarkan mesej tentang keselamatan jalan raya dan mengelakkan orang ramai terjebak ke dalam situasi ini."



Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh** syarikat insurans am terulung di dunia.

 

Berbekalkan pengalaman insurans am selama lebih 100 tahun dan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia,  MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am utama dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor dan No.1* dalam Kargo Marin, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.

 

Kepakaran MSIG Malaysia diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij yang diterima selama ini. Pengiktirafan tersebut termasuk anugerah "Penanggung Insurans Hartanah dan Kemalangan Cemerlang di Malaysia" 2018 dalam Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia. MSIG Malaysia mendapat sanjungan tinggi kerana menerajui pasaran dengan pertumbuhan kewangan yang kukuh, pelaburan dalam inovasi produk, keupayaan digital dipertingkatkan dalam sistem pengurusan tuntutan dan perniagaan dan tawaran perkhidmatan pelanggan yang kukuh. Komitmennya kepada kecemerlangan perkhidmatan pelanggan menerusi usaha menambah baik pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalam Pengurusan Risiko Perusahaan juga membolehkan MSIG Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia pada 2015.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari www.msig.com.my atau facebook.com/MSIGMY

 

*Pada Dis 2018

**Fortune Global 500, 2018.

SUMBER:

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

KATEGORI:

Business

DIPUBLIKASIKAN PADA:

14 Oct 2019

Siaran Pers Sebelumnya

LEBIH LANJUT
#Insurance #Automobile

27 April 2023

MSIG Launches "EZ-Mile" Motor Add-On

Talk to Media OutReach Newswire today

HUBUNGI KAMI SEKARANG