KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 13 Ogos 2019 - MSIG
Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", telah melancarkan Cyber SafeGuard, produk insurans yang direka
khas untuk melindungi perniagaan tanpa mengira saiz daripada pelbagai risiko
siber yang semakin menular di rantau ASEAN.
Di samping perlindungan
kewangan asas yang biasanya diberikan oleh kebanyakan jenis insurans lain, Cyber Safeguard menawarkan satu lagi kelebihan
dengan memberi pelanggan akses serta-merta kepada perkhidmatan sokongan operasi
dan pakar teknikal sekiranya berlaku pencerobohan keselamatan.
MSIG berganding bahu dengan pakar insurans siber terkenal, MS Amlin, yang
seperti MSIG ialah ahli Kumpulan Insurans MS&AD
-- salah sebuah kumpulan insurans am terbesar di dunia -- untuk menawarkan perlindungan
ini. MS Amlin telah bekerjasama rapat dengan firma guaman antarabangsa untuk membentuk
panel pakar keselamatan siber yang sedia ada kepada pelanggan untuk memberikan
bantuan operasi komprehensif sekiranya berlaku serangan siber.
CyberSecurity Malaysia, pakar keselamatan siber
kebangsaan dan agensi teknikal di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), baru-baru ini
melaporkan bahawa sejumlah 2,977 insiden keselamatan siber yang melibatkan
penipuan, pencerobohan dan kod berniat jahat telah dicatatkan di Malaysia
antara Januari dan April 2019.
En. Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG
Malaysia, berkata, "Keselamatan siber kini menjadi isu yang
semakin dikhuatiri, terutamanya perniagaan bersaiz kecil dan sederhana yang
semakin kerap menjadi sasaran. Kebanyakan syarikat tersenarai besar kini
mempunyai sistem keselamatan siber yang memuaskan, tetapi masih banyak
perniagaan kecil yang tidak mempunyai sumber yang sebanding untuk diperuntukkan
bagi melindungi keselamatan. Penjenayah siber sering melihat Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) sebagai pengantara untuk mencerobohi sistem pelanggan
mereka yang lebih besar dalam rantaian bekalan."
Beliau menyambung, "Sebagai contoh,
kami telah melihat trend yang semakin ketara di mana penjenayah siber memberi
tumpuan terhadap perniagaan perkhidmatan profesional yang lebih kecil, seperti
firma perakaunan dan guaman, untuk menggunakan data mereka untuk tujuan memeras
ugut dan mengintip. Peruncit dalam talian sentiasa menjadi sasaran, tetapi
penggodam kini meluaskan akses mereka dan juga beralih kepada syarikat
penjagaan kesihatan, pendidikan dan juga syarikat makanan dan minuman untuk
mengumpulkan data pelanggan yang mungkin bersifat sensitif. Kos yang mungkin
perlu ditampung untuk menangani pencerobohan tersebut telah meningkat dengan
ketara dengan penguatkuasaan undang-undang perlindungan data peribadi di kebanyakan
pasaran. Ini bermakna bahawa banyak syarikat perniagaan Malaysia yang mempunyai
pelanggan antarabangsa berpotensi menghadapi tuntutan besar di bawah
undang-undang sekiranya berlaku pencerobohan data. Kos menangani insiden
keselamatan siber -- khususnya bagi PKS -- boleh menjejaskan aliran tunai dengan
ketara dan berpotensi membinasakan sepenuhnya sesebuah perniagaan."
"Penggodam masa kini mempunyai tahap kecanggihan yang
lebih tinggi. Mereka kini lebih fokus dan sering meluangkan lebih banyak masa
di dalam sistem syarikat; lebih lama sesebuah syarikat terdedah, lebih tinggi
kos yang akhirnya perlu ditanggung. Sebab itulah insurans yang kami tawarkan
bukan sahaja menyediakan sokongan kewangan kepada syarikat, tetapi juga
memberikan akses kepada sokongan teknikal berkualiti untuk membantu menyiasat,
bertindak balas, mengembalikan dan memulihkan operasi. Pada hakikatnya banyak pelanggan membeli
insurans kerana keupayaan mendapatkan perkhidmatan panel pakar keselamatan
siber bertaraf dunia selain ketenangan fikiran yang diberikan dari segi perlindungan
kewangan."
Perlindungan asas Cyber SafeGuard
MSIG termasuk sokongan untuk melantik syarikat pakar forensik IT, kos perunding
perhubungan awam untuk pengurusan krisis reputasi, kos firma guaman untuk
menasihatkan hal kewajipan kewangan, kos pemulihan, kerugian akibat gangguan,
tuntutan liabiliti, kerugian peras ugut dan kos kawal selia. Terdapat juga beberapa pilihan naik taraf yang
boleh dimanfaatkan oleh pengguna untuk menambah perlindungan berasaskan keadaan
dan keperluan masing-masing.
Insurans ini disediakan untuk semua saiz perniagaan dan premium bergantung
pada skala perlindungan yang diperlukan dan juga taraf semasa perniagaan berkaitan
dengan pengurusan data dan sistem kesinambungan perniagaan. Perniagaan yang
boleh menunjukkan bahawa mereka mematuhi amalan keselamatan terbaik, umpamanya
dengan mengenkripsi data dan menyusun rancangan pemulihan bencana dan
kesinambungan perniagaan, akan mendapat lebih manfaat kerana harga insurans
akan dilaraskan dengan sewajarnya.
En. Chua menambah, "Syarikat perniagaan di Malaysia, secara khususnya PKS perlulah
mempertimbangkan kepentingan dan keperluan insurans untuk melindungi mereka daripada
ancaman siber. Setiap hari terdapat laporan tentang keupayaan penjenayah siber
yang semakin meningkat dan untuk setiap berita yang disiarkan, ada sepuluh lagi
yang tidak dipaparkan. Syarikat-syarikat besar mungkin mempunyai keupayaan
teknikal dan sumber kewangan untuk menangani masalah keselamatan, tetapi isu
seperti ini boleh mengancam kelangsungan operasi sesebuah perniagaan kecil."
Beliau menyambung, "Kami
telah berusaha gigih untuk menjadikan polisi ini jelas, mudah difahami dan
fleksibel dengan panel pakar untuk memberi nasihat kepada pelanggan, dalam
jangka masa pantas dengan sistem sebut harga, tuntutan dan pembayaran yang
cemerlang. Semua ini bermakna kami berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menyokong
keperluan pelanggan kami sekiranya mereka mengalami insiden keselamatan siber.
Untuk maklumat lanjut tentang insurans Cyber SafeGuard MSIG sila layari https://www.msig.com.my/business-insurance/products/cyber-safeguard
atau hubungi
broker insurans MSIG.
Penerbit bertanggung jawab penuh atas isi pengumuman ini